Jual Suami Di Facebook Dengan Harga RM147, Wanita Ini Tawarkan Suami Atau Dirinya Untuk Khidmat Seks

 

26 Jan – Mungkin sudah menjadi kebiasaan apabila anda mendengar seorang suami menjual isterinya kepada orang lain untuk kepentingan peribadi.

Namun, lain pula ceritanya di Surabaya, apabila seorang wanita warga tempatan ditahan pihak polis kerana dipercayai menjual suaminya di Facebook.

Jurucakap polis Surabaya, Rudi Setiawan berkata, kegiatan wanita itu terbongkar selepas pasangan itu ditangkap ketika menunggu pelanggan di sebuah hotel pada Isnin lalu, lapor Tribun News.

“Isteri yang jual suami. Lelaki itu diperdaya dan wanita itu menawarkan suaminya untuk tujuan seks di FB.“Wanita itu menawarkan suaminya dengan harga Rp500,000 (RM147) kepada mana-mana lelaki yang berminat,” katanya

Wanita itu mengiklankan suaminya di satu kumpulan Facebook dengan menawarkan lelaki itu atau dirinya sekali gus. Wanita berkenaan juga mengaku dia melakukan perkara tersebut kerana untuk mendapatkan wang.

Sumber : SiakapKeli

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password