JPM dapat tambahan RM1.5 bilion, peruntukan PERMATA bertambah

BAJET 2018 | Jabatan Perdana Menteri (JPM) mendapat peruntukan tambahan RM1.5 bilion, kepada RM17.4 bilion – meningkat 9.3 peratus berbanding dengan Bajet 2017.

Peningkatan itu di tengah-tengah jangkaan bahawa pendapatan negara akan menyaksikan prestasi yang lebih baik.

Ini berbeza dengan Bajet 2017, yang menyaksikan pemotongan RM4.4 bilion – yang pertama sejak 2012.

Peruntukan untuk JPM bagi 2018 merupakan 6.2 peratus daripada bajet negara. Ia merupakan 6.06 peratus daripada bajet 2017.

Pada puncaknya pada 2016, peruntukan untuk JPM merupakan 7.6 peratus daripada bajet negara.

Walaupun peruntukan bagi JPM bertambah bagi 2018, namun nampaknya berlaku penstrukturan peruntukan membabitkan beberapa unit yang dilihat sebagai langkah membabitkan kos operasi.

Sebagai contoh, Pejabat Perdana Menteri (PMO) diperuntukkan RM647.7 juta dalam Bajet 2017, tetapi dipotong kepada RM520.1 juta bagi 2018.

Bagaimanapun, peruntukan untuk PERMATA menyaksikan peningkatan daripada RM45.3 juta tahun ini kepada RM54.3 juta bagi 2018.

Turut mendapat tambahan peruntukan ialah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), iaitu RM810.9 juta bagi 2018, berbanding RM744.95 juta tahun ini.

Peruntukan RM744.95 juta bagi 2017 bagaimanapun tidak termasuk peruntukan tahunan untuk Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), yang tidak lagi diletakkan bawah Jakim dalam bajet 2018.

Peningkatan peruntukan keseluruhan bagi JPM adalah kelapan terbesar dari segi peratusan untuk Bajet 2018. [Bagi berita penuh]

 

 



Sumber : MalaysiaKini – LensaKini

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password