Johor rombak pegawai tadbir negeri

Seramai 23 pegawai tadbir negeri Johor terlibat dalam rombakan jawatan berkuatkuasa bulan ini dan bulan depan.

Setiausaha Kerajaan Johor Datuk Azmi Rohani berkata rombakan itu dilaksanakan selepas kali terakhir dilakukan 1 Januari lepas.

Katanya, langkah itu melibatkan pertukaran pegawai ekoran persaraan pegawai kanan dan kenaikan pangkat.

Ia melibatkan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Johor Bahru A Rahim Nin yang dilantik sebagai pegawai kewangan negeri yang baharu, berkuat kuasa Ahad lalu.

A Rahim menggantikan Mohd Nasir Abdul Salam yang bersara pada 20 Oktober lepas.

Jawatan Datuk Bandar diisi oleh Amran A Rahman yang sebelum ini merupakan pengarah Jabatan Agama Islam Johor.

Azmi berkata Muhammad Fuad Radzuan yang sebelum ini menyandang jawatan pegawai daerah Johor Bahru kini dilantik pengarah Jabatan Agama Islam Johor, berkuat kuasa kelmarin.

Beliau berkata demikian menerusi kenyataan yang dikeluarkan kepada media oleh Unit Media dan Komunikasi (Medkom), Pejabat Menteri Besar Johor, semalam.

Menurut Azmi, Pegawai Tadbir Negeri Johor yang terlibat dengan rombakan itu, berkuat kuasa 1 November ini adalah Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam Johor Md Rofiki A. Shamsudin yang akan mengisi jawatan pegawai Daerah Johor Bahru.

Pegawai Daerah Tangkak Abdul ‘Alim Abd Shukor pula bertukar ke jawatan ketua pegawai eksekutif Majlis Agama Islam Johor manakala Pegawai Daerah Muar Mohd Noorazam Osman ke jawatan ketua pegawai eksekutif Sukma Johor.

Pegawai Daerah Batu Pahat Ab Han Ramin beralih ke jawatan pengurus besar Yayasan Pelajaran Johor manakala Pegawai Daerah Pontian On Jabbar @ Jaafar ke jawatan pegawai daerah Muar.

Pertukaran itu turut melibatkan jawatan Pegawai Daerah Segamat Mohd Haffiz Ahmad yang akan menyandang jawatan pegawai daerah Batu Pahat, selepas ini.

Jawatan Pegawai Daerah Segamat bakal diisi oleh Abdul Rahman Salleh, yang sebelum ini menyandang jawatan ketua pegawai eksekutif Pengangkutan Awam Johor.

Selain itu, Pengarah Tourism Johor Mohd Shukri Mohd Masbah dilantik sebagai pegawai daerah Pontian manakala Pengurus Besar Pusat Pelaburan Johor, Mahadon Marnin dilantik sebagai pegawai daerah Tangkak.

Pengurus Kanan Entrepreneur Development Centre Ramli Abdul Rahman pula beralih jawatan ke ketua pegawai eksekutif Pengangkutan Awam Johor manakala Setiausaha Bahagian Perumahan Mohd Rafi Abdullah ke jawatan pengurus Besar Pusat Pelaburan Johor.

Timbalan Yang Dipertua Pihak Berkuasa Tempatan Pengerang Abdul Malik Ismail pula akan dilantik sebagai pengarah Tourism Johor; Pentadbir Tanah Muar Mohd Radzi Mohd Amin ke jawatan setiausaha Bahagian Perumahan; Pentadbir Tanah Tangkak Zainor Adani sebagai pentadbir tanah Muar manakala Setiausaha Bahagian Pengurusan/Protokol Hazlina Jalil dilantik sebagai timbalan yang dipertua Pihak Berkuasa Tempatan Pengerang.

Ketua Penolong Setiausaha Bahagian Perumahan Mohd Farid Kassim pula beralih jawatan sebagai pentadbir Tanah Tangkak; Penolong Pegawai Daerah Johor Bahru Muhamad Syahrizat Alwee sebagai setiausaha Majlis Daerah Segamat; Ketua Penolong Pengarah Tanah dan Galian (Pendaftaran Hakmilik) Nurul Ashikin A. Jabar dilantik ke jawatan penolong ketua Unit Integriti Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri.

Turut tersenarai dalam rombakan itu adalah Setiausaha Sulit Kepada Menteri Besar Johor, Mohd Haniff Ahmad yang akan menjawat jawatan ketua penolong pengarah Tanah dan Galian (Pendaftaran Hakmilik) serta Pegawai Tadbir Pejabat Menteri Besar Johor, Ambok Nani Muhamad Nor sebagai setiausaha sulit kepada menteri besar Johor.

– Bernama



Sumber : MalaysiaKini – LensaKini

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password