Johnny Depp Tiruan ‘Buatan China’ Buat Peminat Marah!

Johnny Depp Tiruan 'Buatan China' Buat Peminat Marah!

 

 

SEORANG lelaki yang wajahnya mirip Johnny Depp menimbulkan kekecohan di Emquartier, sebuah pusat beli-belah mewah di Bangkok, dengan warga Thai berbaris untuk mendapatkan tandatangannya.

‘Johnny Depp misteri’ ini dilihat di sekitar pusat beli-belah berkenaan pada pukul 6.30 petang Jumaat.

Disebabkan dia dilaporkan dikelilingi oleh pengawal keselamatan di situ, netizen teruja untuk mengambil gambarnya dan memuat naik gambar mereka bersama bintang Hollywood palsu itu dalam talian.

Kelab peminat aktor itu di Thailand telah berkongsi tentang situasi sebenar di laman Facebook mereka, selepas mendapat maklumat daripada mereka yang berada di tempat kejadian.

-foto FB Johnny Depp Thailand

“Mengenai Johnny Depp palsu ini, pada mulanya saya fikir ia lucu, tetapi bila saya baca maklumat daripada orang yang berjumpa dengannya, ia langsung tidak melucukan, seolah-olah dia cuba menipu kita,” tulis pentadbir laman Facebook ‘Johnny Depp Thailand’.

“Mereka yang berada di sana berkata pengawal keselamatan pusat beli-belah itu mengesahkan dia sebenarnya adalah Johnny Depp yang mengadakan lawatan peribadi. Terdapat seorang wanita yang membantunya apabila orang ramai berbaris untuk mengambil gambar.”

Pentadbir laman tersebut yang enggan namanya didedahkan memberitahu bahawa dia difahamkan lelaki itu hanya kelihatan seperti Depp dan telah lama tinggal di Thailand.

“Dia hanya seorang jurugambar, dari apa yang saya dengar,” katanya.

“Saya tidak tahu kenapa pusat beli-belah itu buat macam ni. Pengawal keselamatan Emquartier kata mereka menerima panggilan ada seorang superstar datang ke situ dan mereka terpaksa melindunginya. Jadi pengawal menganggapnya lelaki itulah superstar yang dimaksudnya.”

Pentadbir laman itu juga menulis bahawa ekspatriat itu sering dilihat di Emquartier tetapi tidak ada yang memberikan perhatian kepadanya.

Walau bagaimanapun, kali ini salah faham mungkin berlaku gara-gara penganjuran sebuah konsert awam di pusat beli-belah tersebut.

Seorang peminat, Duangjai Tangsayan yang berada di Emquartier pada masa ituberkata Johnny Depp tersebut adalah ‘buatan China’.

-foto FB Johnny Depp Thailand

“Pada mulanya saya ingatkan Johnny Depp betul. Tetapi selepas memerhati sebentar, ada sesuatu yang tak kena.

“Johnny Depp buatan China ini tidak hanya masuk ke restoran, dia juga berdiri di luar, seolah-olah cuba menunjukkan dirinya.”

Dia juga sedar bahawa terdapat seorang wanita Thailand yang cuba mendapatkan perhatian pengunjung.

“Wanita itu berkata, ‘ini adalah Johnny Depp! Kapten Sparrow! Tidakkah anda kenal dia?’ semata-mata mahu membuatkan orang ramai teruja.”

Laman peminat itu juga membuat perbandingan antara Johnny Depp palsu dan sebenar, yang mana tatu di tangan mereka, hidung dan autografnya juga sama sekali berbeza.

Adakah ini klip pemasaran yang sengaja ditularkan? Atau sebuah video reaksi yang dirancang oleh pengguna YouTube?.

‘Johnny Depp palsu’ itu kemudiannya dilihat di Nunglen, di sebuah bar popular dalam kalangan orang muda Thailand.

Sumber : PenMerah

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password