“Jangan Terkejut, Air Selalu Takde. Beg Plastik Minuman Jangan Buang, Itu Boleh Guna Untuk Simpan Air.” Pesanan Rafizi Kepada Jamal Di Penjara..

“Jangan Terkejut, Air Selalu Takde. Beg Plastik Minuman Jangan Buang, Itu Boleh Guna Untuk Simpan Air.” Pesanan Rafizi Kepada Jamal Di Penjara..
Gambar kiri pada Julai 2017, Jamal menaiki MRT sambil membawa gambar poster TM Wan Azizah, kanan gambar terkini, Julai 2018, Jamal di bawa polis untuk dipenjarakan di penjara Sungai Buloh..

KUALA LUMPUR: Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli menitipkan tiga pesanan buat Datuk Seri Jamal Md Yunos yang kini ditahan di Penjara Sungai Buloh.

Pesanan Rafizi yang dimuat naik di Twitter itu mendapat reaksi yang pelbagai dari netizen, terutamanya mengenai nasihatnya tentang reman.

Mahkamah pada petang Khamis tidak membenarkan permohonan Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar itu untuk diikat jamin dan memerintahkan supaya dia ditahan di Penjara Sungai Buloh.

.

Jamal sebelum itu mengaku tidak bersalah atas pertuduhan melarikan diri daripada jagaan pihak polis di sebuah hospital di sini, 25 Mei lalu.

Beliau mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret Muhamad Firdaus Sadina Ali.

Di Twitter juga, netizen turut mengaitkan penahanan Jamal di penjara Sungai Buloh sebagai satu ‘karma’ buat dirinya.

 

Sumber : PenMerah

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password