“Jangan takbur seperti Qarun dan Firaun” – Surat terbuka dari ustaz ini bakal buat Aliff Syukri makan dalam

"Jangan takbur seperti Qarun dan Firaun" – Surat terbuka dari ustaz ini bakal buat Aliff Syukri makan dalam

 

Kekayaan yang dimiliki oleh Dato’ Seri Aliff Syukri tidak perlu dipertikaikan lagi. Bagi mereka yang mengikuti perkembangan pengasas D’Herbs yang terkenal dengan tagline ‘terlajak laris’ ini di Instagram, pastinya faham benar dengan sikap ‘terbuka’ jutawan kosmetik itu berkongsi tentang aset dan kekayaan beliau dengan pengikut beliau.

Mungkin kerana sikapnya yang terlampau terbuka, ramai yang mula rasa meluat dan mendoakan supaya empayar perniagaan yang dibina oleh Dato’ Seri Aliff Syukri itu terkubur satu persatu.

Lantaran itu, penceramah terkenal, Ustaz Ahmad Husam Dato Baderudin telah memuat naik satu nasihat atau perkongsian di Facebook yang ditujukan khas kepada Datuk Aliff. Menurut perkongsian Ustaz Ahmad, sikap Aliff itu dikhuatiri akan menimbulkan perasaan takbur dan riak.

Ustaz Ahmad Husam Dato Baderudin

Assalamualaikum wrbkth….Kepada ybhg dato seri,saya adalah salah seorang daripada saudara seagama Dato Seri di bumi Malaysia. Alhamdulillah saya seorang yang amat mengagumi cara Dato Seri di dalam menjana ekonomi dalam bidang perniagaan. Syukur sangat-sangat kerana Allah SWT mengangkat Dato Seri dan perniagaan Dato Seri sehingga Dato Seri tersenarai sebagai usahawan muda yang berjaya.. Saya bangga dan bersyukur diatas kejayaan Dato Seri

Cuma Dato Seri, saya mohon jasa baik Dato Seri, jikalaulah hendak berkongsi kejayaan Dato Seri melalui “live video”, jagalah sempadanya. Tidak salah untuk berkongsi kejayaan kita, cuma cara itu kadang-kadang mengguris hati saudara seIslam yang lain.

Video Dato Seri sedang menggira duit yang difahamkan 500k baru-baru ini ,banyak mendapat tohmahan dan komen-komen negatif daripada netizen-netizen. Saya harap sangat selepas ini Dato Seri boleh berkongsi perkara-perkara yang boleh membawa manfaat kepada ummah dan agama.

Jikalau Dato Seri biasa mendengar nama dan gelaran seperti Qarun, Syadad dan Firaun. Mereka ini adalah diantara orang kaya yang Allah  SWT binasakan. Saya memohon Allah SWT jauhkan Dato Seri daripada musibah tersebut. Saya mohon maaf seandainya posting saya ini kurang adabnya.Hanya ini sahaja saluran yang saya ada untuk menyampaikan nasihat ini kepada Dato Seri, sebab diantara kita tiada cara untuk berhubung.

Nasihat ini pun dibuat selepas saya menunggu tokoh-tokoh agamawan yang lain dahulu memulakanya, tetapi sayang,belum ada yang melakukanya, akhirnya saya terpaksa juga mengalasnya. Demi Allah nasihat ini bukan untuk mengaibkan sesiapa, bukan nak menumpang populariti ke apa.

Tetapi nasihat ini saya buat kerana kasih dan sayang kepada Dato Seri. Kerana saya takut doa orang ramai yang menyampah dan meluat kepada Dato Seri ini didengar oleh allah dan akhirnya Dato Seri yang menerima padahnya.

Saya juga tidak menafikan kebaikan yang banyak dilakukan oleh Dato Seri yang mungkin tidak diketahui oleh masyarakat. Tetapi satu amalan Dato Seri itu sahaja yang amat saya harapkan dapat diubah. Diantara sabdaan Nabi SAW “tidak akan masuk kedalam syurga mereka yang ada sebesar zarah perasaan takabur”.

Saya hanya hendak melihat Dato Seri memiliki mahligai yang indah di dunia dan mahligai yang indah juga di dalam syurga..Mohon maaf andai posting ini menggangu emosi Dato Seri.

Sumber :OhMyMedia

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password