Jangan mengata, inilah adik perempuan Nur Sajat yang jelita

Jangan mengata, inilah adik perempuan Nur Sajat yang jelita

 

Jutawan kosmetik Nur Sajat bukan nama yang asing lagi di dalam industri hiburan. Meskipun beliau tidak memiliki sebarang bakat, tetapi populariti yang dikecapinya menjadikan Nur Sajat setanding dengan artis-artis tanah air.

Terkenal dengan tagline-nya “Jangan Mengata” itu rupa-rupanya memiliki seorang adik perempuan yang dikatakan sangat jelita seperti seorang model antarabangsa.

Dikenali sebagai Mustika, adik perempuan Nur Sajat ini dilihat memiliki mirip ‘kakak’nya dan semakin mendapat perhatian orang ramai.

Mustika telah pun berkahwin dengan Muhammad Irfan Steve Abdullah yang merupakan seorang personal trainer dan pasangan ini telah pun dikurnia dengan seorang cahaya mata.

Selain memiliki iras seperti Nur Sajat, wajah Mustika turut dikatakan mirip dengan Kim Kadarshian dan Irma Hasmi.

Mungkin ramai yang tidak mengetahui bahawa Mustika ini sebenarnya merupakan seorang pelakon dan pernah membintangi drama Tundukkan Playboy itu bersama Alif Satar dan Hafidz Roshdi.

Beberapa tahun yang lepas, sewaktu Nur Sajat pernah terlibat dengan kemalangan, Mustika sempat memuatnaik gambar-gambar kemalangan tersebut sambil meminta rakan-rakannya mendoakan Nur Sajat, abangnya itu.

Namun tidak dapat dipastikan sama ada Mustikan benar-benar bermaksud sedemikian atau pun itu cuma typo semata-mata yang perlu diperbetulkan.

Lain-lain gambar

Sumber :OhMyMedia

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password