Jangan Lagi Beli Telefon Pintar Dengan Spesifikasi Berikut

Jangan Lagi Beli Telefon Pintar Dengan Spesifikasi Berikut

 

Apa yang kami ingin kongsikan kali ini harap tiada yang terasa hati pula ya. Tips kali ini khusus untuk anda yang bercadang untuk membeli telefon pintar Android, sama ada yang baru ataupun yang terpakai. Sebelum anda terbeli peranti yang silap dan menyesal dikemudian hari adalah lebih baik dipertimbangkan terlebih dahulu spesifikasi telefon pintar yang ingin dibeli.

Berikut antara spesifikasi yang tidak relevan lagi pada telefon pintar sekarang.

1.Jangan beli telefon pintar dengan RAM dibawah 2GB

Ini kerana peranti dengan RAM dibawah 2GB tidak mampu lagi untuk menjalankan aplikasi daripada playstore dengan sempurna. Apatah lagi untuk menjalankan aplikasi secara “multitasking”, peranti anda juga akan kerap berlakunya masalah “hang”.

2.Jangan beli telefon pintar dengan OS Android dibawah versi “Marshmallow”

Adalah sangat penting untuk memastikan OS Android adalah yang terkini, sekurang-kurangnya Marshmallow. Ini kerana sistem operasi yang lama seperti Kitkat, Lolipop dan sebagainya adalah tidak lagi mendapat sokongan kemaskini dan tidak serasi dengan kebanyakan aplikasi yang disediakan oleh playstore.

3.Jangan beli telefon pintar “low-end” dari jenama terkenal

Harga untuk telefon daripada jenama terkenal sememangnya adalah mahal walaupun dengan spesifikasi yang rendah. Dengan harga tersebut anda sudah mampu memiliki perantiberspesifikasi tinggi daripada jenama pertengahan yang lain seperti meizu, oppo, vivo, one plus dan lain-lain.

4.Jangan beli telefon pintar dengan harga melebihi RM2800

Menurut pandangan kami, harga peranti Android dengan harga melebihi RM2800 adalah agak keterlaluan. Untuk mendapatkan telefon dengan spesifikasi yang mantap dan tinggi cukup sahaja degngan bajet RM1800. Tindakan membeli peranti Android dengan harga hampir tiga ribu adalah sangat membazir dan pada pendapat kami  ianya disebabkan oleh pengaruh persekitaran semasa sahaja.

5.Jangan beli telefon pintar terpakai yang berusia lebih daripada 3 tahun.

Selain daripada sistem operasi yang ketinggalan zaman, usia perkakasan dalaman juga akan mudah rosak oleh kerana usia peranti yang boleh dikatakan agak “tua”, semakin lama usia perantisemakin berkurangan kemampuannya untuk beroperasi dengan baik.

Itu sahaja 5 tips daripada kami, harap dapat membantu anda membuat keputusan yang tepat. Semoga bermanfaat.

Sumber : Ceritera Rakyat

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password