“Jangan jadikan selebriti sebagai idola korang…” – Shila Amzah mengaku adakalanya mereka ‘jahil’

"Jangan jadikan selebriti sebagai idola korang…" – Shila Amzah mengaku adakalanya mereka 'jahil'

 

Jika dulu tokoh-tokoh terkenal seperti pemimpin negara dan ilmuan menjadi idola dan inspirasi, kini zaman telah berubah. Mereka lebih menjurus kepada pengaruh populariti dan glamor kerana melihat dunia artis dapat menaikkan semangat dan menjadi sumber ilham untuk mereka berjaya.

Baru-baru ini, penyanyi Shila Amzah telah memuat naik status berkongsi luahan hati beliau mengenai selebriti yang dijadikan sebagai idola dalam kalangan masyarakat di laman media sosial miliknya.

Menurut penyanyi yang fasih berbahasa Mandarin itu, seseorang tidak perlu menjadikan selebriti sebagai contoh dan idola dalam kehidupan kerana mereka juga manusia biasa yang tidak lepas daripada melakukan kesilapan.

Rata-rata netizen turut memberikan pendapat masing-masing dan bersetuju dengan kenyataan penyanyi yang bersuara lunak itu.

.

.

Namun ada juga yang menjadikan Rasulullah sebagai contoh idola yang terbaik untuk dijadikan ikutan sepanjang zaman.

Sumber : Shila Amzah

Sumber :OhMyMedia

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password