Jangan disangka kucing yang comel tidak boleh bertukar menjadi harimau

Jangan disangka kucing yang comel tidak boleh bertukar menjadi harimau

 

Kucing adalah haiwan yang cukup comel. Telatahnya yang nakal dan manja amat mencuit hati. Terdapat banyak manfaat dan kebaikan yang boleh kita perolehi apabila kita membela dan menyayangi kucing. Membela kucing memberi kesan kepada banyak aspek kehidupan manusia seperti  kesihatan fizikal, kesihatan mental, cara hidup dan sebagainya.

Namun, tiada siapa yang dapat menjangkakan yang di sebalik sifat comel seekor kucing itu rupa-rupanya terdapat sisi gelap mereka yang menakutkan. Meskipun jarang-jarang berlaku, tetapi sekurang-kurangnya perlu diambil perhatian supaya kejadian yang sama tidak berulang kepada orang lain.

Seorang lelaki telah berkongsi pengalaman beliau yang dicederakan oleh kucing peliharaannya sehinggakan beliau mengalami kecederaan yang teruk pada tangan kirinya baru-baru ini.

Kena gigit je mula-mula

Beliau pada mulanya telah digigit oleh kucingnya itu tidak pernah menyangkakan kecederaan pada tangannya itu akan menjadi teruk.

Jadi makin teruk

Namun kesan luka pada tangannya itu akan menjadi semakin teruk akibat jangkitan kuman sehingga memaksa doktor untuk membedah tangannya itu bagi membuang nanah yang terkumpul pada bahagian yang lukanya itu.

Perkongsian beliau ini kemudiannya telah menjadi tular dan mendapat perhatian netizen terutamanya dari kalangan peminat binatang yang comel itu. Rata-rata meluahkan pendapat  mereka mengenai perkara ini.

Jangan itu dan jangan ini. Sana pun jangan

Ini semua ikut tuan dia jugak

Lepas kena cakar terus pergi klinik

Sumber :OhMyMedia

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password