“Jangan Ajar Anak Jadi Takut, Perkataan Hantu Pun Jangan Sebut ” 10 Tips Berguna Mendidik Anak Yang Patut Ibu Bapa Amalkan

 

Mendidik anak menjadi cabaran yang besar buat ibu-bapa. Tidak dinafikan, setiap ibu bapa mempunyai cara tersendiri untuk mendidik anak-anak. Namun, didikan yang betul akan menentukan sikap dan tingkah laku mereka pada masa depan.

Seorang pengguna media sosial, Icha Abd Razak melalui laman facebook beliau telah berkongsi 10 tips berkesan mendidik anak melalui pengalamannya sendiri. Ada di antara kita yang mungkin terlepas pandang dan selalu melakukan perkara ini terhadap anak-anak yang masih kecil. Masih belum terlambat untuk kita ubah.

Berikut merupakan perkongsian beliau di bawah. Semoga bermanfaat untuk ibu-bapa di luar sana.

Tips ni dikutip dari pengalaman menjadi ummi selama 3 tahun.

1) Jangan makan maggi depan anak.

2) Jangan bagi kenal YouTube. Download je biar dia nengok video yang ada dalam galeri je. Kalau tak bagi hp langsung kang anak ketinggalan pulak. Sekat apa yang boleh sekat.

3) Letak pen, pensil, krayon tempat tinggi. Jangan sepah-sepah. Lepas habis sesi melukis colour kemas.

4) Seminggu sekali je dapat makan ice-cream, coklat, sumi/puding. Gula-gula jangan bagi langsung. Jangan tak tau, pnyebab anak tantrum pun iya jugak gula ni.

5) Nak mandi ke, nak solat ke, or nak pergi kerja or mana-mana kena bagi tau dia. Kalau kecik lagi ajarkan cakap “Babai, ummi nak mandi jap. Tunggu kejap ok” Walau dia kecik dia paham. Dia nangis tu biasa. Lama-lama biasala tu.

6) Ajarkan kemas mainan sebelum nak tidur or sebelum ajak jalan.

7) Segala rak yang simpan pisau, barang kaca, peti ais, rak baju kalau boleh kunci. Beli macam dalam gambar tu kat MR DIY ada jual. Sis tak jual yang ni okay. Ramai sangat wasap sis nak beli ni. So sis edit dah. Sis tak jual lock peti ais ni.

Saya tak jual ni tau. Yang ni beli kat MR DIY bahagian children safety kalau tak silap.

8.) Tv kalau boleh gantung kat dinding. Letak atas kabinet tv tu boleh jatuh pecah. TV i pernah pecah si anak memanjat kabinet tu. (Taip ni dalam keadaan redha jeee)

9) Anak bangun tidur bagi salam kat dia, peluk dia. Tanya-tanya tadi tidur mimpi apa (borak-borak walau macam cakap sorang2). Kawan sis sampai besar anak dia bangun tidur je akan bagi salam kat mak ayah dia. Baguskan?

10) Jangan ajar anak takut kan apa-apa. Jangan sebut pun perkataan momok, hantu, kucing gigit dan sebagainya. Takut Allah dengan takut bila ummi bertukar jadi hulk itu xpe. Hehe

Sumber : SiakapKeli

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password