“Jaga Anak Tanggungjawab Bersama Walaupun Dah Cerai Berai!” – Dah Bayar Duit Nafkah Baru Kak Lina Boleh Move On..

“Jaga Anak Tanggungjawab Bersama Walaupun Dah Cerai Berai!” - Dah Bayar Duit Nafkah Baru Kak Lina Boleh Move On..

Penyanyi Elly Mazlein seakan menyindir bekas suami, pengarah Azmi Hata menerusi beberapa entri yang dimuat naik di laman Instagram miliknya, @iamellymazlein.

Menyebut nama Azmi secara terang-terangan, Elly membangkitkan perihal penjagaan anak serta nafkah untuk cahaya mata perempuan mereka, Putri Sara Sefhia, 2.

Menariknya, Elly yang mesra disapa sebagai Kak Lina Pom Pom ini menggunakan hashtag untuk menyampaikan mesej kepada Azmi.

.

.

Elly atau nama sebenarnya, Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi, 38, berkahwin dengan Azmi pada 9 November 2014 dan mereka bercerai pada 15 Oktober 2015 ketika Elly sarat hamil empat bulan.

Selepas itu, Azmi mendirikan rumah tangga dengan aktres Faye Kusairi pada 9 April 2017.

Menyambut ulang tahun pertama perkahwinan mereka pada 9 April lalu, Faye turut melahirkan bayi lelaki sulung pada tarikh sama yang diberi nama Alif Azmi.

Foto: Instagram Elly

Sumber : PenMerah

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password