‘Jadi pemimpin pada usia muda pun tak guna…’

Konvensyen Parti Amanah Negara (AMANAH) hari ini menolak usul sayap pemudanya supaya memberikan kuota sebanyak 30 peratus kepada golongan muda untuk menjadi calon pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Ketika mengemukakan usul berkenaan, Exco Pemuda AMANAH, Saifullah Abdul Nasir berkata parti itu perlu mengetengahkan calon muda dalam kalangan pemuda dan wanitanya.

Bagaimanapun usul itu dibantah dua perwakilan dari Pulau Pinang dan Perak dengan disokong sebahagian besar 789 perwakilan yang hadir.

Presiden AMANAH, Mohamad Sabu berkata, Pemuda AMANAH menunjukkan kematangan mereka dalam membahas dan menerima penolakan usul tersebut.

“Bila cakap pasal muda dan tua saya terharu. Saya mula pada usia 27 tahun melawan Tun Abdullah Ahmad Badawi dan kali kedua ketika berusia 32 tahun saya melawan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Namun setelah kita tunjuk komitmen pemuda kita, (Allahyarham) Nik Aziz buat keputusan saya bertanding di Kelantan.

“Maka dalam usia 35 tahun saya menang dan masuk parlimen. Maknanya saya mula di usia muda dan terus meningkat,” kata Mohamad ketika ucapan penggulungan.

Mohamad sebelum ini bertanding di kerusi Parlimen Nilam Puri dan memenangi kerusi itu dam dilantik menjadi Ketua Pemuda PAS.

Mohamad berkata permulaan masa muda tidak menjamin pemimpin yang hebat, dengan mengambil contoh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dilantik sebagai menteri besar Pahang pada usia 22 tahun.

“Kalau mula usia muda pun tak guna, Najib mula diusia 22 tahun jadi Menteri Besar, sekarang apa jadi. (Dia jadi) penyangak.

“Nik Aziz jadi menteri besar umur lebih 64 tahun. (Presiden Amerika Syarikat) Donald Trump 70 tahun, Nelson Mandela lebih 70 tahun.

“Ada yang muda ada yang tua, ia berdasarkan merit,” katanya.



Sumber : MalaysiaKini – LensaKini

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password