Jadi Mak Pun Masih Bodoh – Korset Rawat Demam Kuning

Jadi Mak Pun Masih Bodoh – Korset Rawat Demam Kuning – MEDIA OHSEM

Mitos perubatan yang tidak mempunyai bukti saintifik mengenai keberkesannya tetap tersebar dan dipercayai oleh sesetengah orang. Tambah parah, ramai yang percaya bulat-bulat apa yang didakwa tanpa mengkaji dan meneliti kesahihannya daripada pakar.

Hal ini menyebabkan ada yang mengambil kesempatan dan cuba mengekspoitasi kekurangan kesedaran masyarakat ini demi mengaut keuntungan.

.

Ada penjual online yang mendakwa hanya menggunakan korset, jaundis atau demam kuning yang dialami bayi baru lahir akan sembuh. Bacaan jaundis didakwa turun mendadak setelah bayi dibalut dengan korset berkenaan.

Dakwa penjual itu lagi, setelah 3 kali ke klinik, jururawat mengesahkan penyakit yang dialami bayi berkenaan kembali pulih seperti sedia kala sehingga membuatkan jururawat terkejut.

Selain digunakan untuk jaundis, bayi juga dikatakan boleh mengebahkan demam apabila diselimutkan dengan bengkung berkenaan.

.

.

.

.

Sumber: Auni Ameera

Sumber :MediaOhSem

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password