“Isy, baru nak feeling jadi anak dara, boleh pulak dia muncul…” – Foto Samtilla ditunafoto Mat Yip cuit hati peminat

"Isy, baru nak feeling jadi anak dara, boleh pulak dia muncul…" – Foto Samtilla ditunafoto Mat Yip cuit hati peminat

Bagi mereka yang mengikuti perkembangan Samtilla dan anaknya pasti tahu yang isteri kepada pelakon, Shaheizy Sam itu sering berkongsi gambar-gambar beliau bersama-sama dengan anak sulungnya itu.

Terbaru, Syatilla Melvin telah berkongsi di Instagram beliau gambar sedang melaram untuk sebuah sesi photoshoot. Apa yang menariknya mengenai gambar ini adalah apabila anak beliau, Syeriv Samheizy tiba-tiba muncul daripada bahagian belakang Syatilla.

Syeriv yang sedang menjengukkan kepala beliau dilihat sedang memandang tepat ke arah kamera dari bahagian di antara lengan dan pinggang ibunya itu.

Kita ni baru la nk blagak konon2 anak dara😔 cek2 gambaq,buleh pulak dia jengoi muka dia kt gmbaq no3 tu😡ishhh! @syerivsamheizy .kita punya la lindung xmau bg nmpk dia🤣🤣🤣
Btw harini kami pakai matchy2 beg n saloma heels in dusty purple💜😍 #syatillaforchristyng ,tggu 28hb ni ok?semua dh boleh beli♥

Perkongsian Samtilla itu kemudiannya telah menarik perhatian peminat beliau itu. Rata-rata mereka terhibur dan tidak boleh move on dengan perkongsian Samtilla itu.

Mat Yip yang baru dilahirkan pada 9 Mei 2017 kini sudah mempunyai seramai 656,000 orang pengikut di Instagram. Jom tengok gambar-gambar comel Mat Yip yang lain.

.

.

Sumber :OhMyMedia

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password