ISU SAMSUNG – Ameera Khan

MYARTIS.COM | MYARTIS | MY | ARTIS: ISU SAMSUNG

Semua mengetahui mengenai isu adik kepada selebriti terkenal Noor Neelofa iaitu Ameera Khan yang ‘memperlekehkan’ jenama telefon keluaran Korea Selatan, Samsung.

Melalui video yang menimbulkan kecaman tanpa henti warga laman sosial tersebut, Ameera atau lebih dikenali sebagai ‘Instafamous Little Miss Khan’ itu mengeluarkan kenyataan “Samsung? Ewww… Iphone Of Course!”.

Gara-gara mengeluarkan kenyataan yang mengguris perasaan pengguna telefon jenama tersebut, Ameera tampil memohon maaf di atas keterlanjuran kata-katanya di dalam video yang dimuatnaik baru-baru ini.

Memberi sokongan kepada jenama Apple, Ameera melalui Insta Stories baru-baru ini telah memuatnaik permohonan maaf di samping menjelaskan perkara sebenar yang terjadi ketika sesi penggambaran video tersebut berlangsung.

Sedar ramai yang tersinggung dengan isu terbabit, Ameera menjelaskan beliau tidak fikir dan sedar apa yang keluar dari mulutnya ketika itu serta terlalu selesa berada di hadapan kamera.

Ameera yang baru berusia 17 tahun itu juga menegaskan beliau tidak pernah berniat untuk menimbulkan kemarahan orang ramai.

Malah yang paling terbaru, dia sekali lagi menarik perhatian ramai apabila hadir dengan kenyataan di Twitter yang disifatkan berlagak oleh pengguna laman tersebut.

Kata Ameera, dia ke sekolah antarabangsa itu bukanlah untuk mengambil SPM. Kenyataan tersebut telah menyebabkannya dihentam teruk.

Walaupun kita tidak suka dengan sesuatu jenama, janganlah tunjuk sangat rasa itu. Harapnya Ameera akan lebih berhati-hati ketika menjawab soalan ataupun berkata-kata selepas ini.

.

.

Sumber : MyArtis

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password