ISU SAJAT ‘NAK SAMAN’

MYARTIS.COM | MYARTIS | MY | ARTIS: ISU SAJAT 'NAK SAMAN'

 

Baru-baru ini menerusi satu rakaman video, Sir Azri atau lebih dikenali sebagai Papagomo mendakwa dia mengalu-alukan jika usahawan Nur Sajat ingin mengambil tindakan saman terhadapnya.

Dalam rakaman yang dimuatnaik ke rangkaian YouTubenya, Papagomo memberi reaksi mengenai kenyataan Sajat ingin mengambil tindakan undang-undang ke atasnya.

“Hey, Jat. Aku kalau bab-bab saman ni, aku dah lali, aku dah tepu, tau. Dan sebenarnya aku sendiri pun mengalu-alukan untuk Sajat jalankan tindakan saman ini, kerana apabila naik ke mahkamah, ia merupakan satu perkara yang paling sedap.

“Karena kita akan dapat tahu identiti Sajat yang sebenar. Dan paling penting, kita nak tarik mak bapak dia duduk dalam kandang, untuk mengesahkan semasa lahir adakah Sajat mempunyai kemaluan wanita ataupun ‘belalai’.

Dalam video yang sama, Papagomo mendakwa bukan dia yang menimbulkan provokasi, tetapi kenyataan Sajat kepada umum mengenai dirinya seorang perempuan disifatkan oleh beliau sebagai satu penipuan dan usahawan itu perlu memohon maaf di atas kenyataan mengaibkan yang pernah dibuat olehnya.

Ujar Papagomo lagi: “Jat, kalau nak saman, segerakan. I’m ready”.

Sumber : MyArtis

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password