“Isu macam ni tak nak masuk meeting kabinet menteri pulak? Tapi isu jamban bisnes class yang ko pentingkan…”

"Isu macam ni tak nak masuk meeting kabinet menteri pulak? Tapi isu jamban bisnes class yang ko pentingkan…"

 

Baru-baru ini, kecoh di laman media sosial apabila tandas di kelas perniagaan pesawat Malaysia Airlines Airbus A350-900XWB  yang dikatakan tidak mencapai tahap yang memuaskan sehingga perkara ini telah mendapat perhatian menteri kabinet.

Isu yang dibahaskan adalah mengenai masalah susunan tempat duduk yang tidak menyelesakan dan bilangan tandas yang tidak mencukupi dalam pesawat itu telah dikemukan oleh Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai kerana ketidakpuasan hati penumpang yang merungut dan membuat aduan ketika mengunakan pesawat tersebut.

Pesawat Airbus tersebut memiliki 286 tempat duduk dengan tiga kelas, iaitu kelas pertama mempunya empat tempat duduk, 35 tempat duduk kelas perniagaan dan 247 tempat duduk kelas ekonomi.

Rata-rata netizen tidak berpuas hati mengenai isu tersebut kerana menurut mereka, terdapat banyak lagi isu yang lebih serius yang perlu dibangkitkan dan mendapat perhatian menteri-menteri kabinet.

Seorang pengguna Twitter yang dikenali sebagai Kamarul telah meluahkan perasaan kecewa sikap Menteri Pengangkutan itu kerana lebih mengambil berat mengenai isu tandas pesawat milik MAS berbanding dengan isu permukaan jalan raya yang teruk yang boleh menggugat keselamatan pengguna jalanraya.

Kenyataan  itu telah disokong kuat oleh seorang pengguna Twitter yang lain yang kemudiannya telah memuatnaik sebuah tweet mengenai mangsa kemalangan jalan raya yang telah meninggal dunia setelah terjatuh akibat terlanggar longkang yang terbuka selepas penutupnya dicuri orang di Jalan Duta, Kuala Lumpur. Dalam tweetnya itu, Azriff meminta supaya pihak yang bertanggungjawab lebih memainkan peranan penting bagi mengatasi masalah ini.

..

Kenyataan Kamarul itu kemudiannya telah disokong oleh netizen-netizen yang lain. Rata-rata mereka berasa tidak puas hati dengan sikap tidak prihatin pak menteri dalam menyelesaikan isu keadaan jalanraya yang teruk di kebanyakkan tempat di Malaysia.

Sumber :OhMyMedia

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password