ISU ‘GIMIK’: “TAK AKAN BALAS KATA-KATA MEREKA”

MYARTIS.COM | MYARTIS | MY | ARTIS: ISU 'GIMIK': "TAK AKAN BALAS KATA-KATA MEREKA"
“Tak perlu gimik, demo lagu itu sudah ditonton lebih sejuta di YouTube. Namun saya tidak kisah kerana orang tetap akan bercakap tentang saya.

“Saya tidak akan balas kata-kata mereka,” ujar penyanyi Haqiem Rusli yang menyangkal dakwaan keputusannya untuk meneruskan kerjaya sebagai penyanyi adalah sekadar gimik bagi mempromosikan lagu terbarunya berjudul ‘Selamat Tinggal Sayang’.

Haqiem atau nama sebenarnya Ridzuan Haqiem Rusli sebelum ini pernah memberi bayangan mahu bersara daripada bidang nyanyian pada 17 Jun lalu, namun kini menarik balik hasrat itu kerana tidak sanggup menghampakan harapan ramai.

Haqiem atau nama lengkapnya, Ridzuan Haqiem Rusli, 20, berkata, dia bertekad meneruskan kerjaya nyanyian selepas mendapat bantahan ramai, selain menerima sokongan berterusan kelab peminatnya, Qiemilio.

“Saya akan meneruskan kerjaya nyanyian. Satu sebab saya memutuskan untuk tidak berhenti menyanyi kerana sokongan padu peminat yang saya sayangi,” katanya yang memuatnaik kenyataan itu menerusi akaun media sosialnya.

Penyanyi ‘Tergantung Sepi’ itu sebelum ini menyatakan, dia berdepan kemurungan selain sering menjadi mangsa buli siber hingga membuatnya terfikir untuk bersara daripada bidang muzik.

Haqiem pada masa sama, turut membuat permohonan maaf kepada pihak yang terasa hati menerusi beberapa status yang dimuat naiknya di media sosial.

Dia turut memberitahu, sudah menyiapkan single terbaru sejak dua bulan lalu, namun masih buntu untuk memperkenalkan lagu itu kerana sedang mempertimbangkan keputusannya.

“Saya memohon maaf jika ada yang terasa dengan tulisan atau kata-kata saya di media sosial. Sejujurnya, sejak dua bulan lalu saya sudah menyiapkan kerja sempena kemunculan lagu baharu. Cuma, ketika itu, masa tidak sesuai untuk memperkenalkannya.

“Ia akan dikeluarkan dalam masa terdekat kerana saya sudah membuat keputusan meneruskan kerjaya yang saya sayangi ini,” tuturnya yang turut memperkenalkan sedutan klip video single terbarunya, ‘Selamat Tinggal Sayang’.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

 

Sumber : MyArtis

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password