ISU GIMIK DENGAN IFA

MYARTIS.COM | MYARTIS | MY | ARTIS: ISU GIMIK DENGAN IFA
Ramai netizen yang merasa tertipu dengan lakonan dua penyanyi Sheeda dan Ifa Raziah yang membuat gimik ‘pergaduhan’ di prkir kereta antara mereka minggu lalu.

Perkara tersebut telah mencetuskan kekecohan, apatah lagi Ifa memperdaya wartawan dengan mengatakan dia sudah membuat laporan polis kerana disentuh Sheeda.

Pelbagai kecaman yang diterima oleh kedua-dua artis ini, antaranya ialah artis sendu yang sengaja ingin mencari publisiti murahan kerana sudah tidak laku. Memang bengang habis netizen dibuatnya.

Ekoran itu, Sheeda, 54, telah tampil memohon maaf kepada netizen dan menafikan sengaja ingin meraih perhatian ataupun meningkatkan lagi jumlah pengikut mereka di laman sosial.

“Saya dan Ifa, kami sudah setahun tidak bertegur sapa. Tetapi, suami saya berusaha mendamaikan kami. Jadi, kami bermaafan ketika bertemu di majlis ramah mesra dan minum petang di Istana Negara pada 11 Julai lalu.

“Ingin dijelaskan juga, video itu tidak saya rakam untuk tujuan promosi drama bagi slot utama TV. Begitu juga, atas tujuan menambah pengikut saya di laman sosial.

“Saya tidak kejar itu semua. Saya minta maaf pada semua netizen dan akan pastikan tidak memuat naik video seperti itu lagi,” katanya.

Sheeda turut menjelaskan rakaman video bedurasi 43 saat itu dibuatnya kerana berniat mahu bergurau dengan suami, Sukri Hashim, 37.

“Saya sebenarnya nak ‘prank’ suami dengan video itu selepas dia menjernihkan semula hubungan saya dan Ifa,” tuturnya.

Sheeda berharap segala spekulasi yang timbul ataupun kritikan yang dilemparkan kepada dirinya akan berakhir.

Sebab itu, lebih baik untuk fikir dahulu sebelum memuatnaik sesuatu di media sosial, bila orang rasa tertipu tentu sekali mereka akan merasa marah bukan?

Isu ini juga harapnya dapat memberikan pengajaran kepada artis lain yang gimik itu bukanlah cara mudah untuk kembali popular.

 

Sumber : MyArtis

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password