ISU BAITULMAQDIS. INI LARANGAN MAHKAMAH AMERIKA TERHADAP TRUMP BUAT RAMAI GEMBIRA DAN LEGA… – MEDIA OHSEM

ISU BAITULMAQDIS. INI LARANGAN MAHKAMAH AMERIKA TERHADAP TRUMP BUAT RAMAI GEMBIRA DAN LEGA… – MEDIA OHSEM

 

Ketika isu Baitulmaqdis panas di seluruh dunia, terkini Mahkamah Agong Amerika membuat perintah larangan terhadap Presiden Trump buat ramai umat Islam gembira.

LARANGAN PERGI KE ENAM NEGARA

Mahkamah Agung Amerika Syarikat (AS) memutuskan larangan perjalanan Presiden, Donald Trump terhadap enam negara Islam dikuatkuasakan sepenuhnya lapor Metro.co.uk.

Enam negara tersebut adalah Chad, Iran, Libya, Somalia, Syria dan Yaman.

Dengan penguatkuasaan tersebut bermakna saudara-mara terdekat rakyat AS juga dilarang untuk memasuki negara berkenaan.

Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump, pada Rabu akan mengumumkan keputusannya sama ada menarik balik pindahan kedutaan AS di Israel dari Tel Aviv ke Baitulmaqdis, lapor agensi berita China Xinhua.

Perkara itu dimaklumkan, jurucakap Rumah Putih, Sarah Sanders dalam satu taklimat media pada Selasa namun beliau tidak mengulas lanjut.

Image result for trump dilarang pergi ke enam negara

PEMIMPIN NEGARA-NEGARA LAIN TIDAK BERSETUJU

Sementara itu, jurucakap Presiden Palestin, Nabil Abu Rdineh dalam satu kenyataan berkata, terdahulu, menerusi perbualan telefon dengan Presiden Palestin, Mahmoud Abbas, Trump menyuarakan hasratnya untuk memindahkan kedutaan tersebut.

Abbas memberi amaran keputusan tersebut boleh mewujudkan keadaan tegang dan berbahaya kepada proses keamanan, keselamatan dan kestabilan di rantau itu serta dunia, katanya.

Beliau menambah, Presiden Palestin akan terus berhubung dengan pemimpin dunia untuk menghalang tindakan yang dianggap sebagai tidak boleh diterima.

Difahamkan Trump turut membuat panggilan telefon dengan Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu, Raja Jordan Raja Abdullah II, Presiden Mesir Abdel Fattah Al Sisi, dan Raja Arab Saudi Salman Bin Abdulaziz Al Saud.

Image result for trump dilarang pergi ke enam negara

Image result for trump dilarang pergi ke enam negara

Semasa kempen presidennya, Trump berikar untuk memindahkan kedutaan AS dari Tel Aviv ke Baitulmaqdis.

Walaupun Kongres AS meluluskan Akta Kedutaan Jerusalem 1995, yang memerlukan kedutaan AS di Israel dipindahkan dari Tel Aviv ke Baitulmaqdis, bekas presiden AS, termasuk George W. Bush, Bill Clinton dan Barack Obama, dilihat menangguhkan perkara itu demi kepentingan keselamatan negara.

Sejak media AS pada minggu lalu melaporkan Trump akan mengumumkan keputusan untuk mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel, pemimpin Arab telah memberi amaran bahawa tindakan berkenaan boleh memusnahkan usaha damai di Timur Tengah. – Bernama

Sumber: Sinar Harian

Sumber :MediaOhSem

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password