ISU ADAKAN DI ZOUK: “TAK PEDULI KRITIKAN, PENTING SAYA TAHU”

MYARTIS.COM | MYARTIS | MY | ARTIS: ISU ADAKAN DI ZOUK: "TAK PEDULI KRITIKAN, PENTING SAYA TAHU"

 

Malam semalam, ramai yang meluahkan rasa terkejut dan tidak berpuas hati dengan tindakan selebriti popular, Neelofa apabila beliau melancarkan koleksi terbaru tudungnya di sebuah pusat hiburan popular iaitu kelab malam Zouk di Kuala Lumpur.

Rata-ratanya menyifatkan ianya sebagai satu tindakan yang memalukan imej seorang wanita Muslimah dan Islam itu sendiri.

Selain pelancaran koleksi hijab terbaharunya, ‘Be Lofa’, ia juga turut diadakan sambutan ulangtahun kelahiran pengacara dan pelakon yang ke-29.

Neelofa ketika ditanya berhubung perkara itu selepas selesai majlis, memberitahu yang beliau tidak peduli kritikan netizen mengenai pemilihan lokasi.

Klik untuk gambar besar

Menurut Neelofa, kelab malam itu dipilih kerana sesuai dengan tema dan bajet acara yang dianjurkannya.

“Saya membuat keputusan untuk tidak mempedulikan lagi kritikan orang ramai berhubung mana-mana perkara, yang penting saya tahu apa yang dilakukan.

“Lokasi dipilih sesuai dengan tema selepas menyenarai pendek beberapa tempat. Kalau pilih tempat lain, saya perlu keluarkan wang lapan kali ganda bagi memenuhi kehendak tema.

“Sampai bila pun takkan habis kalau terus melayan kecaman netizen. Jadi tahun ini, saya memilih untuk tidak ambil peduli lagi kata-kata orang,” tuturnya.

Biarpun teruk dikecam dalam media sosial, Neelofa bersyukur segala dirancang lancar dengan kehadiran sahabat handai, keluarga terdekat dan media.

Majlis itu dimeriahkan dengan persembahan penyanyi rap, SonaOne serta kehadiran beberapa selebriti tempatan. Selain Neelofa, ibu dan adik beradik, Noor Nabila dan Ameera turut hadir bersama.

Di laman Instagram pula, ada yang sempat berkongsikan beberapa video ketika acara berlangsung. Memang meriah, seperti kelab malam yang biasa kita lihat, muzik rancak berserta dengan tarian daripada hijabista yang hadir menyokong Neelofa.

Memang agak pelik idea yang dicetuskan Neelofa, melancarkan koleksi tudung di kelab malam. Pun begitu pasti peminat Neelofa ada alasannya.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

Sumber : MyArtis

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password