Iqram buat hal di #AJL32 apabila tiba-tiba naik ke pentas ketika Hael Husaini buat persembahan penutup

Iqram buat hal di #AJL32 apabila tiba-tiba naik ke pentas ketika Hael Husaini buat persembahan penutup

 

Semalam telah berlangsungnya sebuah majlis gilang-gemilang industri muzik tempatan yang diadakan di Dewan Axiata, Bukit Jalil, Kuala Lumpur semalam. Sherry Alhadad yang bergandingan bersama Alif Satar memegang amanat selaku pengacara majlis, menjadikan rancangan itu ‘naik seri’ dek telatah mereka yang lucu dan mencuit hati penonton di rumah dan di juga dewan.

Tidak hairanlah lagu Jampi yang dinyanyikan oleh Hael Husaini menyandang gelaran juara AJL ke-32 malam tadi kerana rata-rata netizen telah meramal lagu tersebut bakal menjadi juara.

Tetapi apa membuatkan netizen ‘garu kepala’ adalah apabila Iqram Dinzly  naik ke atas pentas dan melakukan tarian secara tiba-tiba tanpa diundang semasa penututp tirai Anugerah Juara Lagu (AJL). Iqram telah ‘dijampi’ oleh Hael dan menari bersama dia atas pentas semasa persembahan penutup dari Hael Husaini yang merupakan juara AJL ke-32 sekaligus telah menewaskan 11 finalis yang lain.

Iqram Dinzly di AJL 32 semalam. Masa last AJL semalam tetiba jer dia naik pentas menari ballet.

Posted by Metafora Anafora on Sunday, February 11, 2018

Kemenangan itu membolehkan lagu Jampi hasil ciptaan sepenuhnya oleh Ezra Kong yang dinyanyikan oleh Hael Husain sekaligus membolehkan mereka membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM50,000, baucer produk CJ Wow Shop dan trofi AJL-32.

Jom tengok video Iqram menari tanpa diundang bersama juara AJL-32, Hael Husaini.

Tempat kedua pula disandang oleh Sejati nyanyian Azmi Caliph Buskers manakala tempat ketiga jatuh kepada Tergantung Sepi nyanyian Haqiem Rusli.

Persembahan Terbaik AJL 32 pula dimenangi oleh Altimet dengan lagu Amboi manakala Vokal Terbaik dirangkul oleh Erni Zakri & Syamel menerusi lagu Aku Cinta.

Tidak ketinggalan, persembahan pilihan dari Samsung selaku sponsor rancangan itu telah memilih Khai Bahar menerusi lagu Bayang.

Sumber :OhMyMedia

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password