INI RUPANYA RAHSIA AWET MUDA YB NURUL IZZAH DAN TUN M AMALKAN

INI RUPANYA RAHSIA AWET MUDA YB NURUL IZZAH DAN TUN M AMALKAN. – MEDIA OHSEM

Kalau kita lihat YB Nurul Izzah sentiasa nampak cantik dan berseri, padahal beliau tidak makeup sekalipun!

Gaya sempoi beliau yang sentiasa mengenakan baju kurung dan tudung bawal sudah cukup membuatkan dirinya cantik dan ayu apabila dipandang. Setuju tak?

Kalau anda nak tahu, beliau sudah mempunyai 2 orang cahaya mata, dan wajahnya tetap nampak muda! Pasti ada di kalangan anda yang nak tahu rahsia awet muda Nurul Izzah ini, kan?

Ini jawapan oleh Nurul Izzah sendiri apabila beliau disoal tentang rahsia awet muda oleh dua orang DJ terkenal, iaitu Faizal Ismail FBI dan Fara Fauzana. Jom kita tengok video ini:

Video Player

1. Minum air putih yang secukupnya setiap hari.

Yalah, minum air putih yang secukupnya sangat membantu untuk menambah cairan dalam tubuh agar kekal terhidrasi. 8 gelas air putih perlu diminum agar badan kita kekal bertenaga.

2. Sentiasa positif tak kiralah apa jua masalah yang datang.

Kalau kita sentiasa positif, pasti jiwa kita akan berasa lebih tenang. Percayalah, setiap masalah yang berlaku pasti ada jalan penyelesaiannya.

3. Anak-anak menjadi penghibur hati apabila Nurul Izzah sedang bersedih dan berduka.

Ini penulis setuju! Anak-anak memang penyeri dalam kehidupan kita, lagi-lagi kalau kita ada masalah. Melihat keletah dan ragam anak sudah cukup untuk melegakan hati yang sedang bersedih.

Foto: Instagram YB Nurul Izzah

Simple sebenarnya petua Nurul Izzah ini kan? Bagi anda yang nak aura macam beliau, bolehlah ikuti rahsia awet mudanya.

Rahsia Tun Dr Mahathir Mohamad kekal awet muda dan sihat, ada pada gambar di bawah

Baru-baru ini negara kita dikejutkan dengan pengakhiran tampuk pemerintahan oleh Barisan Nasional yang telah pun mentadbir Malaysia sejak merdeka lagi. Hal ini bertitik tolak dengan kebangkitan Tun Dr Mahathir Mohamad yang membuat kemunculan untuk terlibat semula di dalam arena politik tanah air.

Beliau yang mengetuai Pakatan Harapan (PH) berjaya memenangi hati rakyat menerusi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) Malaysia sekaligus menjadi Perdana Menteri Malaysia ke-7.

Setelah hampir 15 tahun meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri yang ke-4 pada 2003, kini sekali lagi beliau mengangkat sumpah untuk menjadi Perdana Menteri pada 10 Mei lalu ketika berusia 92 tahun!

Beliau juga dinobatkan sebagai pemimpin yang tertua di dunia. Hal ini dapat dibuktikan pada rekod Guinness World pada 11 Mei di mana Tun berusia 92 tahun 141 hari ketika mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ke-7.

Tahap kesihatan yang baik membuatkan beliau berjaya bangkit semula di dalam arena politik meskipun usianya sudah lanjut. Jadi, apakah rahsia beliau ya? Jawapannya terdapat pada satu gambar yang tular di media sosial baru-baru ini.

Menerusi gambar tersebut, kita dapat lihat Tun sedang duduk bersama dengan isteri kesayangannya, Tun Dr. Siti Hasmah di meja makan sebelum menjamu selera. Sekali lihat, tiada apa yang lain namun jika diperhatikan, anda akan nampak jumlah kuantiti nasi yang terdapat di dalam pinggan beliau.

Gambar berkenaan menyebabkan ramai netizen bertindak berkongsi pendapat mereka tentang diet yang diamalkan oleh Tun. Namun sebenarnya, gambar yang tular tersebut bukanlah gambar terkini. Ia dikongsi oleh anak perempuan pasangan itu, Datin Paduka Marina Mahathir pada 3 tahun yang lalu selepas berita Tun demam dan sakit dada.

Gambar berkenaan berjaya menarik perhatian orang ramai berkaitan dengan amalan pemakanan dan hal ini membuatkan Marina menulis komen,”Saya tidak menyedari bahawa gambar itu akan memberi inspirasi kepada anda semua untuk makan lebih sihat!”

Sebelum ini, Tun pernah juga berkongsi cara beliau menjalani gaya hidup yang sihat. “Ramai yang tanya saya bagaimana saya berjaya bertahan selama ini, ia terletak pada) perkara-perkara yang mudah… jangan terlalu banyak makan, jangan makan terlalu banyak,” katanya yang ketika itu berusia 88 tahun.

“Ketika saya ditanya tentang kesihatan saya, saya tidak merokok, saya tidak minum (alkohol), saya bersederhana ketika makan, tidak kira betapa lazatnya makanan itu.”

Selain itu, Tun turut berpegang teguh kepada pesanan ibunya di mana beliau sering diberitahu agar berhenti makan sekiranya makanan itu enak. Menurut laporan Bloomberg baru-baru ini ada mendedahkan amalan sihat Tun seperti bangun pada jam 6.30 pagi setiap hari, berjalan kaki, berbasikal, dan menunggang kuda. Tun juga sentiasa mengamalkan latihan mental seperti yang beliau katakan, “Baca dan tulis. Latih otak anda.”

Ayuh, mulakan gaya hidup sihat

Sumber :MediaOhSem

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password