Ini antara 3 menteri Amanah yang isytihar aset & harta mereka. Mat Sabu paling ‘win’!

Ini antara 3 menteri Amanah yang isytihar aset & harta mereka. Mat Sabu paling 'win'!

Jika dilihat senario politik terdahulu, pemimpin politik seboleh mungkin tidak mahu rakyat mengetahui jumlah aset dan harta yang mereka miliki. Namun kali ini lain pula bagi kerajaan baharu iaitu Pakatan Harapan sejak menerajui pentadbiran negara.

Menurut laporan NST Online, terdapat tiga ahli kabinet dimana kesemuanya dari Parti Amanah Negara (PAN) yang telah mengisytiharkan aset masing-masing pada Mac lalu.

.

Presiden PAN itu mengisytiharkan aset bernilai RM688,000 namun tidak termasuk simpanan dan pelaburan bernilai RM325,000.

Sekiranya dicampurkan kedua-duanya, nilai aset beliau lebih sedikit daripada RM1 juta. Aset utama ialah 2 buah rumah milik isteri, rumah keluarga mereka dan 1 lot tanah kampung.

Timbalan Presiden PAN itu mempunyai aset bernilai RM740,000 dengan memiliki dua buah rumah di Pontian dan Gombak.

Selain itu, beliau juga masih membayar loan sebanyak RM70,000 untuk salah satu daripada 3 kereta yang dimilikinya.

Ahli Parlimen Kuala Selangor itu mempunyai aset bernilai hampir RM2 juta, iaitu sebuah rumah keluarga dengan pinjaman sebanyak RM400,000, 2 lot tanah pesaka dan 2 buah kereta terpakai.

Selain itu, beliau juga memaklumkan di dalam dokumen pengisytiharan bahawa memiliki seutas jam tangan berharga RM10,000 yang merupakan hadiah hari lahir.

Sumber : NST Online, Invoke Malaysia

Sumber :OhMyMedia

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password