“Ingatkan Sufian Suhami bawa Grab tadi…” – Tersalah masuk kereta, peminat kongsi pengalaman berjumpa Sufian Suhaimi

"Ingatkan Sufian Suhami bawa Grab tadi…" – Tersalah masuk kereta, peminat kongsi pengalaman berjumpa Sufian Suhaimi

Disangka grab rupanya salah kereta! Begitulah situasi lucu yang dihadapi oleh seorang lelaki lingkungan 20-an apabila dia dengan selambanya memasukkan bagasi ke dalam bonet dan duduk di tempat duduk bahagian belakang kerana menyangkakan kenderaan yang dinaiki beliau itu merupakan Grabcar yang ditempahnya disangkakan grab tetapi sebenarnya pemilik kereta tersebut adalah seorang selebriti.

Situasi yang tidak boleh dilupakan oleh seorang lelaki itu juga lantas memuat naik statusnya di Twitter dengan menggunakan nama @bulanibnrhmn tidak menyangka bahawa tindakannya memasuki sebuah kereta yang disangka Grab Car rupa-rupa kereta orang lain dan ia adalah seorang penyanyi popular, Sufian Suhaimi.

Menerusi tweetnya itu yang kini mendapat lebih 5 ribu retweets dan 4,000 likes, “Saya fikir ini adalah Grab Car yang saya tempah dan ia adalah pengajaran buat saya daripada Allah tapi hey… teka siapa pemandunya. Dia ialah Sufian Suhaimi!”

Lelaki berkenaan berasa yakin apabila dia meletakkan bagasi di dalam bonet kereta Sufian. Lantas memasuki kereta dan duduk di tempat duduk belakang. Ketika itu, Sufian yang sedang leka bermain telefon ingin menghabiskan masanya kerana beliau sampai awal sejam ke lokasi yang ingin dituju dari masa yang ditetapkan.

Rata-rata netizen tidak ketinggalan untuk memberikan komen terhadap situasi lucu yang berlaku petang semalam (Selasa) dan ada juga memberi nasihat agar Sufian lebih berhati-hati dengan keadaaan sekeliling untuk mengunci keretanya bagi mengelakkan perkara tidak diingini berlaku.

Lain kali kunci pintu, Pian.

.

.

Nasib baik masuk kereta Pian.

 

Sumber : bulanibnrhmn

Sumber :OhMyMedia

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password