“Ingatkan kaya sangat, tapi hadiah satu pun takde”

"Ingatkan kaya sangat, tapi hadiah satu pun takde"

Semalam program realiti TV AF Megastar telah secara rasminya melabuhkan tirainya dengan Idayu sebagai pemenang utama program kelolaan Astro itu.

Selain Idayu, Marsha dan Syamel juga berjaya menduduki tempat kedua dan ketiga dengan masing-masing membawa pulang hadiah berupa wang tunai dan juga pakej percutian yang telah ditaja oleh para-para penaja program TV itu.

Tetapi timbul kontroversi apabila netizen mempersoalkan penaja utama program tersebut, syarikat D’ Herbs milik Dato’ Seri Aliff Syukri apabila dikatakan tiada sebarang hadiah yang disumbangkan daripada syarikat milik beliau itu kepada para-para pemenang malam tadi.

“Dato’ taja berapa sen? Sembang macam juta-juta tetapi juara satu saja. Kereta tak ada, barangan mahal tak ada, dapat percutian pun tajaan lain. Lawaklah kau ni,” tulis Azrullizam. 

“Menaja biar ikhlas. Jangan permainkan finalist tu. Kesian bawa tangan kosong, usaha tiap minggu berdoa supaya sampai ke final. At least bagilah saguhati. 

“Katanya abang terlajak laris, jadi hadiahkanlah barangan-barangan D’Herbs itu,” kata Nurmxmxe. 

Komen-komen yang ditinggalkan oleh netizen-netizen ini kemudiannya telah dimuatnaik oleh Dato’ Aliff ke laman Instgramnya malam tadi sebelum memberikan respons beliau mengenai perkara tersebut.

“Kalau korang hebat sangat, korang je sponsor. Aku sponsor berjuta-juta okey. Hak hadiah semua bukan hak saya. Suka-suka korang je nak kutuk saya kedekutlah, bagi hadiah kat seorang pemenang sajalah. Kau ingat AF itu rancangan Aliff Syukri Kamarzaman ke? Itu rancangan Astro. Ingat bila kita sponsor, kita boleh buat suka-suka ke apa yang kita nak? Nak naik atas stage pun kena minta kebenaran.

“Saya ni bayar berjuta ya untuk sponsor, jadi kalau korang-korang tak tahu, baik korang diam saja. 

“Korang tahu tak nak cari duit ini, aku separuh mampus. Korang nampak aku seronok je tetapi aku mengagau cari duit nak bayar kat Astro, korang pikir tak? Korang ni memang dah terbiasa mengutuk. Jadi ada je benda yang dicari salah. Padahal tak ada kaitan pun dengan saya. 

“Saya ini pun tak berapa pandai tapi tak adalah sampai nak lebih-lebih menunjuk pandai macam korang ni. Ingat kita ini sponsor suka-suka ke? Tahu tak kita ni sponsor sebab nak dapat airtime iklan, nak promosi produk sebab rancangan itu ratingnya tinggi. Jadi banyak orang tengok. 

“Kalau saya tak sponsor pun, AF itu tetap juga berjalan ya. Awak-awak semua yang suka sangat mencari salah orang ni, buka mata dan buka sikit minda itu.”



Sumber :OhMyMedia

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password