“Ingat nak ikut sunnah nabi, tetapi…” – Datuk K kecewa gambar anaknya tersebar di media sosial

"Ingat nak ikut sunnah nabi, tetapi…" – Datuk K kecewa gambar anaknya tersebar di media sosial

ami kepada penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa telah mengesahkan wajah bayi yang menjadi tular di media sosial adalah anak mereka.

Walau bagaimanapun, dia amat terkilan dengan sikap tidak bertanggungjawab individu yang menyebarkan gambar tersebut.

Sekeping gambar yang  kelihatan seorang bayi itu berada di riba seorang wanita mulai dikongsi pengguna laman sosial sejak petang semalam.

Terdahulu, gambar dan video bayi itu dimuat naik oleh seorang pengguna Facebook namun tindakan pemilik akaun itu mendapat kecaman netizen yang beranggapan wanita itu tidak menghormati privasi kerana pasangan tersebut.

Ini kerana Datuk Seri Siti Nurhaliza dan suaminya itu telah memaklumkan bakal berkongsi wajah dan nama sebenar anak mereka apabila tiba waktu sesuai sebagai mengikut sunnah nabi.

Dalam perkembangan berkaitan, Khalid turut memaklumkan panggilan Fatimah Az-Zahra itu hanyalah gelaran anaknya untuk tempoh seminggu sebelum nama sebenar diumumkan.

Sumber : Harian Metro

Sumber :OhMyMedia

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password