“IMPIAN, TAK SALAH DI DEPAN SUAMI & TETAMU”

MYARTIS.COM | MYARTIS | MY | ARTIS: ISU MENARI: "IMPIAN, TAK SALAH DI DEPAN SUAMI & TETAMU"

Pelakon Mawar Rashid yang menari ‘sakan’ di depan suami, Raf Yaakob dan para tetamu ketika majlis resepsi perkahwinan mereka itu telah mnedapat kecaman serta kritikan dari netizen.

Aksi tersebut tidak disenangi peminat dan menyifatkan pengantin perempuan zaman sekarang tidak tahu malu.

Enggan terus diperkatakan, Mawar tampil menyangkal dakwaan terbabit dengan mengakui bahawa sejak dari dulu lagi beliau mengimpikan untuk menari di hari bahagianya bersama suami.

“Menari adalah salah satu daripada minat Mawar sejak kecil dan dari dulu lagi Mawar mengimpikan untuk menari di majlis resepsi Mawar sempena meraikan hari bahagia Mawar.

“Apa yang saya boleh buat adalah percaya pada diri sendiri dan sentiasa berfikiran positif. Bagi saya apa yang paling penting kesemua majlis saya berjalan lancar.

“Mawar rasa tak salah untuk Mawar buat persembahan tarian kepada suami dan para tetamu yang hadir di majlis perkahwinan MawaRaf,” jelasnya yang kini isteri kepada Raf Yaakob.

Menerusi sebuah video yang dikongsi, Mawar bersama dua orang penari di belakangnya menari di atas platform sambil dilihat suami dan ratusan tetamu lain.

Melihatkan aksi lincahnya menari, ramai turut bersorak dengan tarian berlatar belakangkan lagu ‘Mat Saleh’.

Sumber : MyArtis

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password