Ibu Sempat Daftar Persekolahan Anak Sebelum Maut

 

Ibu tunggal maut selepas terjatuh dari motosikal yang ditunggangi selepas mendaftar nama anaknya untuk persekolahan 2018, di Jalan Pinang Tunggal, berhampiran Taman Seraya, Sungai Petani, semalam.

Mangsa Marizun Ismail, 48, dikatakan menunggang motosikal Yamaha Lagenda keluar dari Sekolah Menengah Kebangsaan Pinang Tunggal (SMKPT) hendak menuju ke gerainya di Taman Kempas, Sungai Petani.

Bagaimanapun, tidak sampai 100 meter dari pintu pagar sekolah, mangsa terjatuh dan meninggal dunia akibat kecederaan di kepala.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Muda Asisten Komisioner Saifi Abdul Hamid, siasatan awal mendapati mangsa gagal mengawal motosikalnya lalu terjatuh.

Pada ketika itu, penunggang motosikal yang berada di belakang sempat mengelak daripada melanggar mangsa yang terbaring di atas jalan.

“Mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultan Abdul Halim dan siasatan dibuat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Sumber – Harian Metro

Sumber : SiakapKeli

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password