Ibu Sanggup Lacurkan Anak Umur 15 Tahun Lebih Dari 1000 Kali Dalam 2 Tahun, Raih Pendapatan Lebih RM700 Ribu

Seorang ibu durjana di New Zealand bertindak zalim apabila sanggup memperdagang anaknya sendiri sebagai hamba seks lebih daripada 1000 kali dalam tempoh dua tahun.

Kasmeer Lata, 36, bersama temannya didakwa melacurkan anaknya dengan kekerapan lima kali sehari semenjak anaknya berusia 15 tahun lagi.

Suspek dipercayai mengurung anaknya yang mengalami trauma di rumah mereka di Auckland sehinggalah mangsa berjaya melarikan diri pada November 2016.

Lata kemudian dihadapkan ke mahkamah dua hari lepas atas dakwaan berurus niaga perhambaan, iaitu merupakan kes ketiga yang dicatatkan dalam sejarah New Zealand, serta dakwaan menerima imbuhan daripada aktiviti pengkomersilan seks dan pelacuran bawah umur.

”Saya terpaksa mereka cerita selama 4 tahun dan kenapa saya tinggal sendiri tanpa sokongan ibu bapa saya. Apa yang telah saya lakukan hingga mendapatkan seorang ibu sepertinya,” kata mangsa yang kini berusia 18 tahun dalam satu kenyataan.

‘Saya melihat lelaki daripada perspektif yang berbeza kini dan saya fikir mereka selalu inginkan sesuatu daripada saya. Sebab itulah mereka sering mendekati saya.

”Saya selalu mengimpikan seorang ibu yang normal. Apa yang saya mahukan hanyalah kasih sayang anda sebagai seorang kanak, remaja dan anak perempuan anda,” katanya lagi.

Menurut laporan akbar tempatan, The New Zealand Herald melaporkan suspek menyimpan separuh daripada $100,000 (RM 338,000) yang diperoleh daripada hasil menjalankan aktiviti tersebut.

Mahkamah juga diberitahu bahawa mangsa bersama keluarganya berpindah ke New Zealand daripada Fiji, setahun sebelum mimpi ngeri tersebut bermula. Oleh kerana status mereka sebagai pendatang asing tanpa izin, mangsa tidak dapat mendaftarkan diri ke sekolah

Disebabkan keluarga mangsa kekeringan wang, suspek kemudian bertindak mengiklankan perkhidmatan seks di Craigslist dengan menjadikan anaknya sendiri sebagai pekerja seks dalam perkhidmatan yang ditawarkannya.

Malah, suspek turut cuba mendapatkan perkhidmatan daripada agensi pembekal gadis pengiring, New Zealand Girl setelah mendapati jumlah pelanggan semakin bertambah.

Suspek didakwa menyembunyikan fakta mengenai umur anaknya ketika mengiklankan perkhidmatan tersebut, menyaksikan permintaan terhadap anaknya meningkat kepada lima kali sehari, dengan bayaran sebanyak $200 (RM 777) sejam.

Tidak cukup dengan itu, suspek yang juga sebelum ini bergelar pelacur, memaksa anaknya membayar sewa rumah dan bil dengan hasil yang diperolehi daripada perkhidmatan tersebut.

Mangsa kemudiannya mendapati dirinya hamil pada pertengahan 2015, namun suspek memberitahu mangsa agar meneruskan perkhidmatan tersebut bagi membolehkannya membayar perkhidmatan untuk menggugurkan bayi tersebut.

Ahli perundangan, Matthew Muir menyifatkan kesalahan Lata menyebabkan ”kerosakkan kepada anaknya sendiri”.

Sehinggi kini, mangsa mengadu masih menanggung kesakitan hasil daripada perkhidmatan yang dibuatnya sebelum ini dan mengalami tekanan perasaan.

Manakala suspek dan rakannya, Avneensh Sehgal diperintahkan mahkamah untuk menjalani hukuman penjara minimum selama 3 tahun dan 5 bulan kerana melibatkan diri dalam urusan perhambaan dan mendapatkan keuntungan daripada aktiviti seks komersial pelacur bawah umur.

Sumber : The Sun UK

Sumber : SiakapKeli

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password