Ibarat Nick Fury, Tun M kumpulkan pasukan Avengers penasihat kewangannya

Ibarat Nick Fury, Tun M kumpulkan pasukan Avengers penasihat kewangannya

Setelah berjaya meraih kemenangan besar di dalam PRU14 baru-baru ini, Tun M yang baru dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-7 telah mengumumkan barisan kabinetnya yang pertama.

Tidak cukup dengan barisan kabinetnya, Tun M turun menghimpunkan pakar-pakar ekonomi dan ahli perniagaan sebagai penasihat kewangan bagi membantu beliau menjayakan manifesto pilihanrayanya.

Ibarat Nick Fury di dalam komik Marvel, berikut merupakan anggota-anggota Avengers yang telah dipilih khas untuk berjuang bersama-sama dengan barisan kabinet baru Tun M.

Berusia 80 tahun, Tun Daim Zainuddin merupakan bekas menteri kewangan Malaysia untuk tahun 1984 sehingga 1991.

Beliau dilantik semula menteri kewangan pada 1999 dan meletakkan jawatan itu pada 2001.

Daim juga pernah dilantik sebagai Pengarah Eksekutif Majlis Tindakan Ekonomi Negara dan pernah memegang jawatan Bendahari UMNO dari tahun 1984 sehingga 1999.

Tan Sri Zeti Akhtar Aziz merupakan bekas Gabenor Bank Negara, berusia 70 tahun.

Pada tahun 1994, beliau telah dilantik sebagai Ketua Jabatan Ekonomi Bank Negara Malaysia.

Pada 1 September 1998, beliau dilantik sebagai Pemangku Gabenor Bank Negara Malaysia selepas Datuk Ahmad Mohd Don mengundurkan diri.

Kemudian pada 1 Mei 2000, beliau dilantik sebagai Gabenor Bank Negara Malaysia ketujuh dan wanita pertama dilantik ke jawatan tersebu

Tan Sri Dato Sri Mohd Hassan Marican merupakan bekas Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas, sebuah syarikat konglomerat petroleum di Malaysia dan dunia yang berkhidmat dari tahun 1989 hingga 9 Februari 2010.

Lahir pada 18 Oktober 1952 di Sungai Petani, Kedah, beliau memulakan pendidikan di Sekolah Rendah Ibrahim dan di Sekolah Menengah Ibrahim di Sungai Petani dan kemudiannya Sekolah menengah di Kolej Melayu Kuala Kangsar pada 1971.

Tan Sri Robert Kuok merupakan ahli perniagaan terkenal, berusia 95 tahun.

Kepentingan perniagaannya merangkumi daripada penanaman tebu di (Perlis Plantations Bhd), penapisan gula, pengilangan tepung, makanan haiwan, minyak dan perlombongan hingga ke kewangan, hotel-hotel, hartanah, perdagangan dan pengangkutan (International Shipping Corporation, Transmile Group) dan penerbitan.

Pada Julai 2017, Forbes menyenaraikan beliau sebagai individu terkaya di Malaysia dan kedua terkaya di Asia Tenggara.

Ahli Ekonomi terkemuka, Prof Dr Jomo berusia 66 tahun, dikenali sebajai Jomo. Antara portfolio yang pernah disandang beliau adalah Penolong Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) bagi pembangunan ekonomi.

Telah berkhidmat untuk PBB sejak tahun 2010.

Jomo sebelum ini lantang menyuarakan mengenai ketidakseimbangan ekonomi di bawah pemerintahan bekas presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak.

Sumber : Awani, Wikipedia

Sumber :OhMyMedia

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password