“Ibarat mati hidup semula…” – Lelaki kongsi pengalaman diselamatkan Shuib Sepahtu selepas dilanggar lari

"Ibarat mati hidup semula…" – Lelaki kongsi pengalaman diselamatkan Shuib Sepahtu selepas dilanggar lari

Bagi mereka yang pernah mengalami kemalangan di atas jalan raya, pastinya perasaan trauma itu akan sentiasa menghantui perasaan anda, terutamanya kalau ianya melibatkan kecederaan yang serius.

Tetapi untuk lelaki ini, pengalaman beliau mungkin sedikit berbeza apabila beliau telah diselamatkan oleh Shuib Sepahtu setelah motosikal yang ditunggangi beliau mengalami kerosakan setelah dilanggar lari.

Muhammad Fauzi telah diselamatkan oleh Shuib yang kebetulan melalui tempat kejadian dan telah menawarkan untuk membawa beliau ke klinik berhampiran untuk rawatan sebelum menghantar beliau ke rumah.

Terharu dengan keikhlasan Shuib kerana sanggup bersusah-payah membantunya, beliau telah memuatnaik sebuah status yang mengucapkan terima kasih kepada pelawak itu yang kemudiannya telah jadi tular di laman Facebook.

 



Sumber :OhMyMedia

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password