“I love you Diana…” – Farid Kamil terharu isteri datang melawatnya di mahkamah

"I love you Diana…" – Farid Kamil terharu isteri datang melawatnya di mahkamah

 

Pengarah filem dan pelakon terkenal, Datuk Farid Kamil yang ditahan oleh pihak polis sejak beberapa hari yang lepas  telah dilihat hadir ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya hari ini bagi mengetahui keputusan mahkamah sama ada tempoh tahanan reman akan dilanjutkan atau akan dibebaskan dengan ikat jamin.

Turut kelihatan di perkarangan mahkamah adik beradik Farid Kamil, Fadzil Kamil. Dr. Anis Anwar Kamil serta isterinya Diana Danielle yang turut padang bagi memberikan sokongan kepada Farid Kamil.

Farid Kamil yang berasa gembira dengan kehadiran isterinya, Diana Dianelle sempat memberitahu yang beliau memang mengharapkan Diana datang memberikan sokongan moral ketika berhadapan dengan situasi yang getir ini.

.

“Saya sayang keluarga saya, dan rindukan anak-anak saya. Melihat isteri saya datang hari ini, saya sangat gembira. Saya sayang awak, Diana,” kata Farid Kamil.

Farid Kamil kemudiannya telah dibebaskan oleh pihak mahkamah dengan ikat jamin sebanyak RM12,000 atau RM3,000 untuk setiap pertuduhan.

Sementara itu, Farid Kamil mengaku tidak bersalah di atas pertuduhan menyebabkan kecederaan, berkelakuan tidak senonoh dan mengganggu tugas penjawat awam.

Sumber :OhMyMedia

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password