i-Kad belum diiktiraf sebagai dokumen pekerja asing

 

LAPORAN AUDIT l Menurut laporan ketua audit negara, i-Kad yang diperkenalkan sebagai dokumen pengenalan diri kepada pekerja asing masih gagal berfungsi sedemikian.

Siri kedua laporan itu menyatakan audit yang dijalankan antara Disember 2016 dan Mac 2017 mendapati pekerja asing masih ditahan pihak berkuasa meski memiliki i-Kad.

Dengan i-Kad itu, pekerja asing sepatutnya tidak perlu membawa pasport mereka sepanjang masa.

Merujuk kaji selidik yang dijalankan ke atas majikan, laporan itu menyatakan 84 daripada 134 majikan berkata polis tidak mengiktiraf i-Kad sebagai dokumen pengenal rasmi yang menyebabkan pekerja asing ditahan.

“Ini kerana polis mempunyai kesukaran mengesahkan keaslian i-Kad itu dan perlu merujuk kepada Jabatan Imigresen atau Percetakan Nasional Malaysia Bhd (PNMB) bagi mengesahkan dokumen berkenaan,” kata laporan itu.

Pemeriksaa jabatan audit ke atas lima syarikat di lima sektor berbeza mendapati 245 daripada 256 pekerja asing memegang i-Kad.

Jabatan Imigresen turut mengesahkan surat bertarikh 11 Ogos tahun ini telah dihantar kepada majikan bagi memastikan pekerja mereka sentiasa membawa kad tersebut.

“Bagaimanapun, audit percaya i-Kad sebagai dokumen pengenalan masih belum memuaskan kerana masih terdapat pekerja asing yang ditahan oleh pihak berkuasa,” kata laporan itu.

Sementara itu, dalam laporan audit turut dinyatakan terdapat kad yang sama ada gagal atau lambat diserahkan kepada majikan.

Semua i-Kad disarankan agar diserahkan kepada majikan masing-masing dengan segera.

Laporan itu juga mencadangkan usaha penyelarasan dengan pihak berkuasa berkaitan seperti polis diadakan melalui surat memaklumkan penggunaan i-Kad atau mesyuarat bersama bagi mengiktiraf kad berkenaan sebagai dokumen pengenalan pekerja asing.

[Baca berita penuh]

Sumber : MalaysiaKini – LensaKini

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password