“I AM A MUSLIM & I LOVE JESUS”

MYARTIS.COM | MYARTIS | MY | ARTIS: "I AM A MUSLIM & I LOVE JESUS"

 

Isteri kepada pelawak terkenal Harith Iskander iaitu Jezamine Lim menerusi laman Instagramnya telah mengulang siar (repost) foto “I am a Muslim and I love Jesus” daripada Mufti Menk tentang sambutan Hari Natal (Krismas) bagi umat Islam selepas dirinya dikecam.

Jezamine menjadi bualan hangat netizen selepas beliau berkongsi sekeping foto bersebelahan pokok krismas dan memberi ucapan sempena sambutan Hari Natal pada 25 Disember lalu.

Dalam kapsen tersebut, ibu kepada tiga cahaya mata ini memberitahu beliau memaafkan setiap individu yang mengkritik beliau sekeluarga kerana menyambut perayaan tersebut meskipun mereka sekeluarga beragama Islam.

“For those who insult, judge and critise me for celebrating Christmas (as well as CNY, Deepavali and Hari Raya)… I forgive you.

“I pray that one day your life will be filled with so much love and joy that you will feel absolutely no need to ‘jaga tepi kain orang lain’ 😉

“When your heart is in the right place and your intention (niat) is good you will not be able to post such negativity against others.

“Oh, and if you have a problem with this post please take it up with @muftimenkofficial … He is incredibly wise and knowledgable about matters of religion and I learn much about the goodness and beauty of Islam from listening to him. Thank you 😀,” kata Jezamine yang tenang menghadapi segala kecaman netizen.

Untuk makluman semua, Jezamine berdarah kacukan Cina dan India, beliau memeluk agama Islam pada 12 Mei 2010 sebelum sah bergelar isteri pelawak tersebut.

Perayaan Krismas yang disambut golongan Kristian dan turut dimeriahkan oleh umat Islam sudah menjadi perkara biasa di Malaysia.

Kami bukanlah golongan arif dalam bab agama. Lebih baik untuk merujuk kepada ulama-ulama mengenai isu ini.

.

.

Sumber : MyArtis

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password