Hujan lebat, tanah runtuh di Labuan

Hujan lebat yang turun mencurah-curah sejak awal Isnin hingga lewat petang menyebabkan banjir kilat dan kejadian tanah runtuh di pulau ini.

Kejadian tanah runtuh berlaku di kawasan berbukit di Kg Batu Manikar tetapi tiada kemalangann jiwa dilaporkan.

Sejak hujan lebat turun selama tiga hari, sekurang-kurangnya lima rumah di Kg Bebuloh Laut, Sg Keling, Kg Lubok Temiang dan sebuah Tadika di Kg Sg Miri mengalami kerosakan apabila angin kencang menerbangkan bumbung rumah.

Berikutan keadaan cuaca semasa, mesyuarat persediaan bencana alam diadakan oleh Jawatankuasa Bantuan Bencana Labuan yang dipengerusikan oleh ketua pegawai eksekutif Perbadanan Labuan Azhar Ahmad .

Beliau berkata anggota jawatankuasa itu yang terdiri daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat, Angkatan Pertahanan Awam, pejabat Parlimen, polis, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan ketua kampung supaya bersiap siaga bagi menghadapi sebarang kemungkinan jika berlaku bencana alam.

“Kami meminta anggota kami supaya bersiap siaga untuk menghadapi bencana alam memandangkan hujan lebat yang turun sekarang akibat musim monsun,” kata beliau.

Beliau juga berkata daripada segi logistik, jawatankuasa tersebut mempunyai akses kepada bot, lori, kenderaan pacuan empat roda dan ambulans di seluruh pulau itu.

 

-Bernama



Sumber : MalaysiaKini – LensaKini

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password