HUBUNGAN DENGAN FASHA

MYARTIS.COM | MYARTIS | MY | ARTIS: HUBUNGAN DENGAN FASHA
Semua mengetahui mengenai skandal yang menbabitkan aktres Fasha Sandha dengan aktor Aidil Aziz yang kini sedang hangat diperkatakan.

Aidil menerusi laman Instagram miliknya telah memuatnaik foto bersama Fasha serta kapsyen yang meminta peminat mendoakan mereka. Kata-kata tersebut seakan-akan memberikan bayangan tentang skandal mereka itu.

“Doakan yang baik-baik aje,” tulisnya ringkas bersama tanda pagar #dontjudgeabookbyitscover,” tulisnya.

Bagaimanapun, entri itu mengundang lebih ramai reaksi netizen yang teruja menantikan pasangan itu naik pelamin.

Malah, pelakon Aiman Hakim Ridza turut menyakat ‘hubungan’ antara Aidil dan Fasha: “Ikat tali kasut je? Bila nak ikat ikatan yang sah?”

Untuk pengetahuan, Fasha dan Aidil mulai rapat apabila disatukan menerusi drama bersiri dan telefilem ‘Qalbu’ sejak April lalu.

Malah, baru-baru ini juga tular sepotong video yang mendakwa pasangan itu berpelukan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA2).

Fasha sebelum ini mendirikan rumah tangga dengan Rizal Ashram Ramli atau Jejai pada 27 April 2012 namun disahkan bercerai talak satu pada 20 Januari 2016.

Hasil perkahwinan mereka dikurniakan sepasang cahaya mata, Putra Rayfal Ramli, 4, dan Putri Raysha Jemyma, tiga tahun.

.

.

.

 

Sumber : MyArtis

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password