HIDAYAH NAFI NIKAH SEBAB POPULAR

MYARTIS.COM | MYARTIS | MY | ARTIS: HIDAYAH NAFI NIKAH SEBAB POPULAR

Semua mengetahui bahawa pelawak dan pelakon Abam Bocey, 29, semalam telah selamat bergelar suami kepada pilihan hatinya, Siti Norhidayah Mohd Ali, 25, dengan sekali lafaz.

Dalam pada itu, ada pihak yang mengatakan wanita itu menerima lamaran Abam kerana harta dan popularitinya, bagaimanapun ia dinafikan Hidayah.

Kata Hidayah, menerima Abam sebagai suami kerana sifat peramah lelaki tersebut yang dikenali sejak empat tahun lalu.

“Saya setuju berkahwin dengan Abam sebab dia seorang yang peramah dan merendah diri. Sikap bertanggungjawab dia turut memikat hati.

“Kalau orang kata saya pilih Abam sebab harta dan populariti, saya menafikan tentang hal itu. Saya dah kenal Abam empat tahun lalu

“Inilah dikatakan jodoh dan mohon orang ramai mendoakan yang baik-baik untuk kami,” kata isteri Abam ketika ditemui selepas majlis pernikahan mereka yang berlangsung di Masjid Jamek Sultan Hishamuddin di Sabak Bernam, Selangor.

Sementara itu, Abam mengakui terasa hati dengan komen negatif yang dilemparkan netizen terhadap isterinya itu.

Bagaimanapun, pemilik nama Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan ini tidak mahu terlalu ambil pusing dengan kata-kata tersebut.

“Sejujurnya, terasa hati juga bila dengar orang kata begitu. Tapi tak apalah, biarlah orang nak cakap apa pun.

“Lebih ramai yang menyokong perkahwinan saya ini berbanding yang berkata buruk. Jadi saya fikir tak perlulah nak ambil kisah sangat tentang hal itu.

“Yang penting hubungan ini direstui keluarga dan doakan semoga berkekalan hingga ke akhir hayat,” ujarnya.

Sementara itu, majlis resepsi pengantin perempuan akan diadakan hari ini di Sabak Bernam dan majlis menyambut menantu akan diadakan pada 20 Januari, di kediaman Abam, di Gombak.

Sumber : MyArtis

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password