“HIDAYAH ITU MILIK ALLAH”

MYARTIS.COM | MYARTIS | MY | ARTIS: ANAK JADI MODEL: "HIDAYAH ITU MILIK ALLAH"

“Benar, dia seorang model. Sekarang pun masih ‘shooting’ lagi. Bukan saja di Malaysia, malah kerjayanya memerlukannya ke luar negara.

“Jika ada yang tanya kenapa anak model, ayahnya begini, saya hanya boleh jawab hidayah itu milik ALLAH SWT,” kata pelakon era 80-an yang popular, Azmil Mustapha ketika mengenai anak gadisnya yang dikenali ramai sebagai seorang model muslimah.

Dalam masa sama, Azmil memberitahu yang dia tidak menghalang minat anak-anaknya jika kecenderungan mereka ialah ke arah bidang seni.

“Anak saya muda lagi, minat ke arah itu… jadi kita ok sajalah. Kalau nak cakap lebih-lebih pun, kita dulu pun dalam bidang ini juga.

“Tak apalah, doa yang baik-baik saja,” ujarnya yang kini sudah tidak lagi menceburi industri hiburan pada usia 64 tahun dan lebih banyak menumpukan kepada aktiviti keagamaan dan berdakwah setelah bertaubat.

Azmil pernah mencipta nama dalam filem-filem seperti ‘Mekanik’, ‘Ali Setan’, ‘Suara Kekasih’ dan ‘Matinya Seorang Patriot’, Azmil

Hasil perkahwinan dengan isteri pertama, Azmil mempunyai anak perempuan, Nur Shamira, seorang graduan Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Manakala dengan isteri kedua pula, dia kurniakan empat anak iaitu Nur Azalea Arifah, Nur Amalia Batrisha, Muhammad Bazli Zhafri, dan Nur Alya Iman, yang merupakan seorang model.

Kedua-dua perkahwinan itu bagaimanapun tidak berkekalan.

Sumber : MyArtis

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password