Hentikan komen ‘tak adil’, berkongsilah kekayaan, kata Bung kepada Kuok

 

Daripada membuat komen yang “tidak adil” mengenai pemimpin Malaysia menerusi memoirnya, Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Bung Moktar Radin berkata hartawan Tan Sri Robert Kuok seharusnya “berkongsi kekayaan” dengan memperluaskan perniagaannya di negara ini.

“Saya melihat Robert Kuok sebagai pemimpin yang berjaya, sebab dia mula-mula niaga di sini, dia telah jadi orang yang kaya raya. Tetapi yang runsingkan kita, dia telah memindah perniagaan dia ke luar Malaysia.

“Seharusnya dia lagi melabur di sini, untuk memberi peluang kepada bangsa-bangsa di Malaysia untuk turut sama berkongsi kekayaan dengan dia,” katanya kepada Malaysiakini.

Bung berkata Kuok mempunyai “obligasi” untuk kembali ke Malaysia untuk bersama membantu pembangunan negara.

“Beliau pernah menjadi raja gula, pengeksport dan pengimport tunggal gula. Dia seharusnya kembali ke tempat di mana dia mula.

“Saya tak tuduh dia tak sayang Malaysia, cuma saya rasa dia terpesong sebab mengejar peluang yg ada itu,” katanya.

Dalam 376 muka surat “Robert Kuok, A Memoir”, Kuok mencatatkan bagaimana pemimpin negara memilih cara yang lebih bersifat perkauman untuk menjalankan perniagaan selepas 13 Mei 1969, berbanding dengan amalan tender terbuka sebelum rusuhan kaum itu.

Kuok menambah bahawa kerajaan telah melencong kepada kronisme dan pilih kasih.

‘Kita di landasan yang betul’

Bung, yang merupakan ahli Parlimen Kinabatangan, berkata kerajaan perlu mengambil pendekatan kaum untuk membantu masyarakat Melayu.

“Tetapi kita berada di landasan yang betul, itulah sebabnya kenapa Malaysia mampan sehingga hari ini,” katanya, menekankan perlunya tindakan afirmatif kerana ia mengelak pemusuhan di kalangan kumpulan etnik.

“Kalau bangsa majoriti ketinggalan, ini akan menimbulkan suasana yang tidak baik, kita lihat bagaimana sebuah negara didominasi bangsa majoriti tetapi dikuasai (kaum) minoriti, akhirnya menuju ke kehancuran

“Kita tidak mau apa perkara begini berlaku di negara kita,” katanya.

[Baca berita penuh]

Sumber : MalaysiaKini – LensaKini

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password