“Hentikan Fitnah Ini, Pak Cik Tu Nak Tarik Jubah Je,” Lelaki Ini Dedah Cerita Sebenar Kejadian Dalam MRT, Nafi Pak Cik Itu Cuba Untuk Meraba

 

3 Mac – Baru-baru ini tular satu insiden di dalam MRT dikatakan bahawa seorang lelaki tua cuba mengambil kesempatan meraba penumpang wanita yang duduk di sebelahnya.

Kejadian ini tular apabila penumpang yang duduk bertentangan dengan lelaki tersebut merakam kejadian tersebut dan terlihat seperti lelaki tersebut cuba untuk meraba wanita yang duduk di sebelahnya.

Namun, ada seorang seorang pengguna Facebook yang juga salah seorang penumpang dalam gerabak yang sama telah menafikan bahawa lelaki tersebut cuba untuk meraba tetapi sekadar ingin menarik jubahnya sahaja.

Beliau yang dikenali sebagai Ramesh De Ram telah memuatnaik satu entri di Facebook beliau dan menafikan perkara itu. Beliau juga meminta untuk menghentikan fitnah yang dilemparkan terhadap lelaki tua tersebut.

Ramesh juga berharap semua pihak dapat sebarakan berita ini seluas-luasnya untuk menunjukkan kebenaran yang sebenar. –

Sumber : SiakapKeli

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password