“Hati busuk macam tu la.. Dah perli pastu off komen, macam lempar taik sembunyi tangan…”

"Hati busuk macam tu la.. Dah perli pastu off komen, macam lempar taik sembunyi tangan…"

 

Nama pelakon Rita Rudaini sering menjadi mangsa kecaman netizen apabila rakan baiknya, aktres Izreen Azminda bertindak menutup Instagram sehingga laman sosialnya pula menjadi sasaran netizen berhubung isu berkahwin berkahwin dengan suami orang iaitu Ude pada tahun lalu.

Baru-baru ini, Rita telah memuat naik satu posting di laman Instagram miliknya, meluahkan perasaan geram terhadap seorang individu yang tidak disebut namanya.

Kalau hati tak berapa nak elok, macam tu lah. Dah perli pastu off komen, macam lempar taik sembunyi tangan. Sama jer. Patut dari mula bukan semalam, selepas sis naik hantu! Tu pon di suruh ke macam mana tu. Lain kali jangan bagi sis BERSUARA! Don’t try me, hidup ni memang kena biar orang buat sesuka hati ke macam mana? Bila bersuara, cakap mulut lantang. Bila diam pijak kepala.

Rata-rata peminat pelakon drama Tak Beli Tak Cinta itu cuba memberikan komen-komen yang positif bagi menenangkan situasi tersebut.

.

Walau bagaimanapun, ada sesetengah peminat mendakwa posting tersebut mempunyai kaitan dengan kelab peminat Izreen kerana rata-rata ruangan komen berkenaan dihujani dengan nama Izreen.

.

.

.

Sumber : Rita Rudaini

Sumber :OhMyMedia

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password