Harith Iskander Terbang Dan Ramai Yang Tak Percaya Calpis Adalah Puncanya

 

Teringat satu cerita animasi Disney Pixar di mana seorang warga emas dan seorang budak gemuk comel telah mengembara ke Afrika Selatan hanya untuk merealisasikan impian mendiang isteri nya untuk tinggal di satu air terjun yang diberi nama Paradise Falls. Uniknya filem ini adalah, warga emas tersebut telah mengubah suai rumahnya untuk menjadi satu mod transportasi seakan-akan belon panas yang terapung di udara. Bagaimana beliau lakukkannya? Dengan mengikat rumahnya dengan beribu-ribu belon helium!

via GIPHY

Itu rumah. Cuba bayangkan kalau manusia diikat dengan belon helium. Berapa banyakkah belon yang diperlukan?

Baru-baru ini Calpis telah bereksperimentasi dengan konsep yang sama. Tapi, subjek-subjek yang digunakan adalah manusia. Bukan hanya mana-mana manusia. Mereka adalah Harith Iskander, Zizan Razak dan juga Siti Nordiana! Selebriti juga merangkap duta Calpis Malaysia. Sharifah Sakinah dan Daphne Iking juga turut hadir menyaksikan aksi ekstrem mereka itu.

Cabaran belon helium yang disertai duta-duta Calpis ini telah dilaksanakan pada 21 Januari 2018 lepas ketika pelancaran produk Calpis Fibre terbaru nya di eCurve Damansara . Mereka telah diikat dengan beberapa biji belon helium untuk mengapungkan diri ke udara. Walaupun Harith Iskander tampak seperti seorang yang akan menggunakan belon yang banyak, namun mungkin disebabkan Calpis, tak la banyak mana diperlukan.

.

.

Fibre-up Challenge Calpis yang dipromosikan baru-baru ini telah pun mendapat sambutan yang hangat. Dengan aksi stun yang lebih radikal sebegini, Calpis ingin menunjukkan yang belon helium adalah simbolik kepada “rasa ringan” yang dimanfaatkan daripada meminum air susu kultur nya itu.

Polidekstrosa, juga dikenali sebagai sejenis serat diet yang terkandung dalam susu Calpis adalah satu nutrient penting untuk system penghadaman kita sekaigus membuatkan badan kita menjadi lebih ringan, sebab ia membantu meningkatkan Bifidobacterium usus dan membantu menjaga mikroflora usus yang baik. Tambahan, Calpis Fibre ini juga kurang gula. Nak jadi lebih ringan? Minumlah Calpis Fibre! #calpis #calpisfibre #fibreupchallenge.

Untuk maklumat tentang khasiat Calpis serta promosi-promosinya yang sebelum ini boleh pergi ke pautan di bawah.

Sumber : SiakapKeli

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password