Harapan bilal Sapno: Semoga dapat status PR

Apabila Sapno Tukijo melangkah keluar dari surau Taman Free School di Pulau Pinang, dalam keadaan hujan lebat dan banjir yang sedang melanda pada malam Ahad lepas, hanya satu perkara yang ada di fikirannya.

“Saya tidak merasan apa-apa, saya hanya mahu menyelamatkan yang lain,” kata Sapno kepada Malaysiakini.

Bilal itu telah membuka pintu surau kepada kira-kira 70 orang, termasuk orang Cina dan India, memberi mereka berlindung sementara menunggu banjir surut.

Usaha beliau itu telah menjadi tajuk berita di seluruh negara dan beliau dan surau Taman Free School mendapat pujian, termasuk dari Perdana Menteri Najib Razak.

Namun, apabila semua telah berlalu, Sapno kembali berdepan dengan usaha peribadinya yang belum selesai.

Antaranya ialah usaha sekian lama anak Riau itu untuk mendapat taraf penduduk tetap Malaysia (PR).

“Saya masih menggunakan pasport … Saya telah memohon untuk menjadi penduduk tetap sejak tahun 1994, tetapi ia berterusan ditolak.

“Masih tiada sebab yang diberikan mengapa permohonan saya ditolak,” kata bapa kepada enam orang, dalam nada kecewa.

Isterinya yang dilahirkan di Pulau Pinang, yang telah dikahwininya pada 1994, telah cuba merayu terhadap penolakannya.

“Tetapi kami mendapat surat dari Kementerian Dalam Negeri mengatakan bahawa kami tidak boleh membuat rayuan pada peringkat ini,” kata yang berusia 50 tahun itu.

Sapno telah berpindah ke Malaysia pada usia 21 tahun, atas memperolehi gaji yang lebih baik sebagai pengimpal pada tahun 1988.

Sapno berkata, pihak pengurusan Masjid Kapitan Keling di Pulau Pinang, di mana beliau sering menjadi bilal, telah cuba membantu beliau mendapatkan status PR pada awal tahun ini.

Dia masih belum menerima sebarang berita mengenai usaha pihak masjid untuk membantunya dan tetap berharap satu hari nanti dia akan mendapat status PR.

[Baca berita penuh]



Sumber : MalaysiaKini – LensaKini

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password