Hanya dua negeri di semenanjung tak anjur pesta arak “Oktoberfest”

MESKIPUN tercetusnya pelbagai kontroversi dan bantahan, penganjuran pesta arak “Oktoberfest” nampaknya hanya dibatalkan di kawasan tertentu di Negeri Selangor.

Bagi kawasan-kawasan yang kurang mendapat liputan dan tidak mencetuskan kontroversi dan polemik masih tetap terus menganjurkan pesta berkenaan.

Selain itu berdasarkan jadual penganjuran “Oktoberfest” di laman sesawang rasmi pengeluar arak terkenal Carlsberg, pesta arak itu sama ada bakal atau sudah dianjurkan di hampir semua negeri di Semenanjung Malaysia kecuali Negeri Kelantan dan Perlis.

Di bawah ini senarai jumlah lokasi-lokasi penganjuran pesta itu mengikut negeri — berdasarkan laman web Carlsberg

1. Johor — 13 lokasi
2. Kedah — 1 lokasi
3. Kuala Lumpur — 11 lokasi
4. Melaka — 5 lokasi
5. Negeri Sembilan — 1 lokasi
6. Pahang — 3 lokasi
7. Pulau Pinang — 7 lokasi
8. Perak — 7 lokasi
9. Selangor — 18 lokasi
10. Terengganu — 1 lokasi

Tidak tahu apa sebabnya, berdasarkan jadual berkenaan tiada lokasi-lokasi penganjuran Oktoberfest di Malaysia Timur (Sabah dan Sarawak).

BACA JUGA — Oktoberfest sudah dianjurkan setiap tahun di Johor



Sumber : MiloSuam

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password