Hantaran Kahwin Bagi Benda Berfaedah, Bukan Kasut Tumit Tinggi Yang Sekali Pakai, Teguran Pedas Buat Pasangan Bakal Berkahwin

 

Banyak proses yang perlu dilalui untuk bakal pengantin, salah satunya adalah menyediakan barang hantaran kepada pasangan masing-masing. Majlis perkahwinan sudah semakin hampir, kita masih lagi keliru perkara apakah yang ingin dijadikan barang hantaran. Hantaran bagi wanita selalunya melibatkan barangan seperti kasut tumit tinggi, beg tangan berjenama, mahupun alat makeup yang bernilai ratusan ringgit.

Namun, apa kata anda keluar dari kebiasaan dengan memberikan barangan hantaran seperti di bawah ini. Teguran dari seorang wanita yang sudah berpengalaman berbelas tahun dalam dunia perkahwinan ada betulnya.

Jika difikirkan, lebih baik kita memilih barang hantaran yang berfaedah seperti barangan eletrik bagi membantu isteri menguruskan rumah tangga. Suami juga senang hati bukan bila melihat isteri bahagia melakukan tugas rumah?

Jom kita ikuti perkongsian daripada Fauzan N Siti melalui laman facebook ini. Terpulang mana pilihan anda. Semoga bermanfaat untuk bakal pasangan yang berkahwin.

Pada hemat saya yg anak 4 dan dah kawin 14 tahun ni..

Barang hantaran sepatut nya BUKAN bunga, kain, mekap, kasut tinggi membunuh dan minyak wangi. ( dah lah mahal, TAK membntu meringankan urusan isteri..kata SAYANG…)tapi barang hantaran kawin adalah :

1. Steam iron philip ( laju dpt gosok baju suami, anak2 dan siri sendiri…seriously.. lama weh gosok baju ni…bengkak kaki)

2. Pressure cooker noxxa ( masak cepat gila.. belum cerita masak utk dlm pantang.. memang mudah betul urusan.. so banyak lebih masa nak belai suami.. gitu..)

3. Mesin Dryer kain ( ini.. memang hadiah paling istimewa.. jimat masa jemur kain weh…hujan lagi.. masalah bau baju kepam tiada lagi.. bil electric naik rm 50 sebulan ..ini hari2 guna…)

4. Kuali Magic ikan ( ini memang ohsem.. bukan apa.. tambah bila kawin kan planning nak ada anak.. isteri bersalin mesti dlm pantang punya..mudah nya masak ikan bakar ..cepat.. nanti bila anak dah besar sikit.. guna pulak nak buat lempeng bagai…mudah cepat… lebiiih banyak masa nak belai suami..)

ini baru berguna
ini baru tanda sayang isteri
ini baru akan membantu isteri utk lebih effektif
ini baru tidak membazir duitSeriously, kasut tinggi hantaran saya tak pernah pakai..rasa macam nak mati pakai..sakit sana sini..rugi betul..kalau beli kuali magic ikan tu dah dpt sebijik..

senang nak masak utk siapa??? SUAMI juga..

BETUL…kalau bakal2 suami nak isteri layan lebih walaupun dah anak 10 org.. invest lah siap2 utk benda2 begini.. memang tak rugi..

cepat tag tunang masing2.. or..mak bapak.. sila fikir2 kan.. tak payah minta wang hantaran puluh2 ribu lah… senang kan bakal menantu tu… minta ini sudah… yg senang anak awak juga nanti..

kata sayang anak… gitu…

*dan duit guna utk tangkap gambar beribu photoshoot bagai tu, pelamin semua… cuba kira..dryer dpt sebijik ( RM 800 ), iron philip sebijik ( rm 1400 ) , noxxa sebijik ( rm 800 )..*

note : saya tidak jual barang2 ini.. ini posting dari hati..hahaha

Sumber : SiakapKeli

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password