“Haa! Baru la nampak lelaki..” – Berambut pendek, anak Zahiril Adzim dapat pujian ‘melangit’

"Haa! Baru la nampak lelaki.." – Berambut pendek, anak Zahiril Adzim dapat pujian 'melangit'

Pasangan suami isteri, Zahiril Adzim dan Shera Aiyob merupakan antara pasangan artis yang mencuri tumpuan lebih-lebih lagi apabila gelagat anaknya Nadi Anaqi yang cergas dan menghiburkan.

Bukan itu sahaja, keluarga kecil mereka juga sering memuat naik posting gambar anak beranak yang kelihatan sangat stailo ketika menggayakan OOTD yang dimuat naik di laman Instagram masing-masing.

Terbaru, pasangan pelakon berkenaan mengambil keputusan untuk memotong rambut anaknya yang berusia lima tahun itu supaya kelihatan lebih kemas dan kacak.

“Changed,” ujar Zahiril ringkas.

“Style baru Anaqi.
.
Jimat shampoo. Jimat masa sikat rambut. Jimat getah rambut.
.
Nak pendek, pendek betul ha! Mommy drama lah sikit tadi. Bukan apa, selalu kalau nak potong rambut beria ni kena Uncle Steve dia yang potong baru Mommy confident. Tapi sebab Uncle Steve dia busy di Singapore, jadi kita belasah jela mana-mana. Poyo betul Mommy, potong rambut je pun 🙄
.
Dan walau tersasar sikit dari rambut sebenar yang Mommy nak, tapi kira okaylah. Sambil dalam hati berkata-kata, alaaa… rambut kejap je panjang balik. Heh.
.
Ha yang mana beria dulu nak sangat Anaqi rambut pendek kan, hambek! Yang tak berapa nak okay rambut Anaqi pendek, takpe chill. Rambut panjang semula. Ayat penyedap hati Mommy 😎,” kata Shera pula.

Gaya penampilan baru Anaqi sudah tentu menarik minat pengikut ibu bapanya untuk memberikan komen, apatah lagi kelihatan perbezaan ketara ketika berambut panjang sebelum ini.

.

.

.

Sumber : Zahiril Adzim , Shera Aiyob

 

Sumber :OhMyMedia

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password