GOSIP KERETAKAN RUMAH TANGGA

MYARTIS.COM | MYARTIS | MY | ARTIS: GOSIP KERETAKAN RUMAH TANGGA

 

“Saya sendiri hairan apabila ada orang datang kepada saya mengenai status rumah tangga kami. Mengarut!,” kata bekas Akdemi Fantasia musim ke-3 (AF3), Yazer Yusof mengenai khabar angin keretakan rumah tangganya.

Yazer ketika ditemui media di majlis pelancaran single terbarunya ‘Teruja’ berkata yang beliau dan isterinya, Ekin Rahman Madon kini sedang bahagia bersama anak sulung mereka.

“Kami sedang bahagia dan bertambah bahagia dengan kehadiran Muhammad Noah yang sudah pun berusia dua tahun,” kata bekas Akdemi Fantasia musim ke-3 (AF3), Yazer Yusof mengenai khabar angin keretakan rumah tangganya.

Klik untuk gambar besar

Untuk makluman, Yazer berkahwin dengan Ekin yang juga merupakan peserta AF3 pada 26 Disember di Labuan, Sabah.

Dalam pada itu, mengenai perkembangan mereka suami-isteri, Yazer memberitahu dia dan Ekin masih aktif dalam bidang nyanyian.

“Di Sabah kami lebih banyak menerima undangan menyanyi dan rezeki kami di sana. Namun, jika ada undangan di Kuala Lumpur kami akan datang ke sini. Berulang-alik tiada masalah demi kerjaya dan mencari rezeki,” ujarnya.

Sumber : MyArtis

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password