Gopal boleh wakili perayu dalam kes Orang Asli

Mahkamah Rayuan memutuskan hari ini bahawa bekas hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Gopal Sri Ram boleh hadir di mahkamah untuk mewakili anak guamnya dalam kes yang dibawa oleh Orang Asli Lembah Linggui.

Ini di sebalik bantahan daripada responden bahawa Gopal tidak sepatutnya hadir kerana sebelum ini beliau terlibat dalam dua kes berasingan yang melibatkan Orang Asli Lembah Linggui dan dana amanah mereka semasa beliau menjadi hakim.

“Kami tidak dapati sebarang merit dan menolak usul itu,” kata hakim Mahkamah Rayuan Tan Sri Idrus Harun dalam membaca keputusan sebulat suara mahkamah.

Hakim lain yang bersidang sama adalah Datuk Zabariah Mohd Yusof dan Datuk Hasnah Mohammed Hashim.

Kes itu dibawa oleh Saling Lau Bee Chiang dan 76 anggota suku Jakun terhadap peguam Kanawagi Seperumaniam dan anaknya, Dinesh Kanavagi.

Mahkamah Tinggi Johor Zabariah Mohd Yusof dan Hasnah Mohammed Hashim dilaporkan telah memerintahkan supaya Orang Asli Lembah Linggui dibayar ganti rugi sebanyak RM38,554,111.92 selepas tanah mereka diambil-alih untuk pembinaan sebuah empangan.

Daripada jumlah itu, RM22 juta akan dipegang melalui Tabung Amanah Lembah Linggui, manakala RM16,554,111.98 akan diserahkan kepada firma undang-undang Kanawagi dan Dinesh yang akan dibayar kepada Orang Asli selepas ditolak yuran guaman.

Bagaimanapun, Orang Asli itu kemudiannya mendakwa peguam mereka menggelapkan RM16 juta, yang dinafikan oleh peguam tersebut.

Mereka kemudian memfailkan saman terhadap peguam berkenaan pada tahun 2009. Pada 23 Disember tahun lalu, hakim Mahkamah Tinggi Datuk Samsudin Hassan mendapati Kanawagi, Dinesh, dan firma undang-undang mereka bertanggungjawab menyelweng dan menyalahgunakan wang yang dimaksudkan untuk Orang Asli itu.

Di samping itu, hakim mahkamah tinggi juga mengarahkan 27 unit pangsapuri yang didakwa dibeli dengan wang amanah berkenaan untuk diserahkan kepada dana amanah.

Kanawagi, Dinesh, dan firma sejak itu merayu terhadap keputusan berkenaan.

[Baca berita penuh]



Sumber : MalaysiaKini – LensaKini

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password